Wednesday, July 18, 2012

6 Prinsip Pentadbiran -Profesor Tariq Ramadan

Tariq Ramadan: Harus tentang undang-undang tak adil


PEMIKIR dan ahli falsafah Islam kontemporari Profesor Tariq Ramadan menggariskan enam prinsip pentadbiran yang perlu dipatuhi kerajaan Islam untuk memecahkan stereotaip yang menggambarkan pentadbiran anti-demokratik dan anti-hak asasi.

Dalam syarahan anjuran Penang Institute semalam, Tariq berkata enam prinsip itu ialah..
  • kedaulatan undang-undang, 
  • kerakyatan yang adil, 
  • hak mengundi universal, 
  • kebertanggungjawaban, 
  • pemisahan kuasa 
  • dan etika berpolitik.

Profesor kajian Islam kontemporari di Universiti Oxford itu berkata, semua rakyat perlu menghormati "perjanjian" di negara mereka yang menetapkan peraturan dalam hubungan mereka seharian.

Orang Islam – seperti juga penganut agama lain di Malaysia – perlu mematuhi undang-undang undang memandangkan mereka telah menerima struktur negara ini, katanya dalam syarahan bertajuk Islam, Demokrasi dan Hak Asasi Manusia: Kebangkitan Dunia Islam.

Bagaimanapun, rakyat perlu berjuang dalam rangka itu untuk menentang undang-undang yang tidak adil, kata Tariq lagi yang menambah, "Dan anda tahu berapa banyak undang-undang yang perlu pembaharuan."

Kenyataannya itu disambut dengan ketawa dan tepukan gemuruh daripada kira-kira 300 orang yang hadir – termasuk daripada pegawai kerajaan, ahli akademik, ahli politik dan aktivis. Tariq bagaimanapun menjelaskan bahawa sambutan daripada hadirin itu membuatkannya berasa seperti beliau memihak kepada pembangkang, sedangkan beliau tidak bermaksud begitu.

"Saya tidak bersama pembangkang, bukan dari segi politik. Tapi dari segi falsafah, saya katakan sesuatu yang sangat benar, model anda tidak sempurna dan tatalaku anda tidak sempurna," katanya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails