Monday, July 16, 2012

Bukan Khidmt Seks Tetapi Najis Zina.. Pelacur



Enam warga China disyaki pelacur ditahan di sebuah kondominium di Kepong

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Aktiviti pelacuran di Kondominium Kepong Sentral di sini terbongkar apabila polis menyerbu sebuah unitnya dan menahan enam pelacur warga China malam tadi. Ketika sebuan dibuat pada 10.30 malam, kesemua pelacur itu yang berusia antara 22 dan 26 tahun sedang menunggu pelanggan tetap mereka, kata Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, DSP Rohan Shah Ahmad.

Beliau berkata pada masa itu, dua pelanggan baru tiba untuk mendapatkan khidmat seks dan siasatan polis mendapati hanya individu tertentu yang pernah berhubung dengan ejen pelacuran itu yang boleh melanggan wanita-wanita berkenaan.

"Kesemua pelacur itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial. Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang menjadi penjaga premis itu," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Menurutnya risikan polis sejak sebulan lepas mendapati unit kondominium di tingkat tujuh itu disalah guna sebagai pusat pelacuran sejak dua bulan lepas. Rohan Shah berkata setiap khidmat seks dikenakan bayaran antara RM150 dan RM200 tetapi semua pelacur itu, yang tiba di ibu negara dua bulan lepas, sanggup menerima upah khidmat seks walaupun RM50 bagi setiap pelanggan manakala bakinya diuruskan ejen.

Beliau berkata ejen sengaja melacur wanita tersebut dalam bilangan yang kecil di unit kondominium itu bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa. "Dua buah kamera litar tertutup (CCTV) juga diletakkan berdekatan lif dan pintu masuk ke unit itu bagi memudahkan penjaga premis memantau kehadiran pelanggan atau pihak berkuasa," katanya.

Rohan Shah berkata unit kondominium tiga bilik itu telah diubah suai menjadi empat bilik dan ketika serbuan, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom, pil-pil pencegah kehamilan, wang tunai berjumlah RM270 serta satu buku catatan pelanggan. Polis, katanya akan memanggil pemilik unit itu untuk diambil keterangan serta dua pelanggan itu manakala kesemua wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.

Operasi dua jam yang berakhir 12.30 malam disertai empat pegawai dan 10 anggota IPK Selangor. Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menganjur pelacuran dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails