Wednesday, July 18, 2012

Puchong Mirip Hatyai, Salah PR Atau BN?

SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.

Bandar Pucong Mirip Hatyai.
KL: Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa. Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks. Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bandar Pucung dikatakan mirip bandar Hatyai, jadi sarang najis zina, arak dan segala macam maksiat.. Salah siapa, Pakatan Rakyat (PR) atau BN?  Sudah tentu salah BN, kerana BN kuasai Kerajaan Pusat. BN kuasai perlembagaan dan parlimen yang gubal undang-undang. Lihat contohnya, sarang najis zina lebih teruk lagi di Bukit Bintang, Belakang Mati dan lain-lain. (IH)

9 comments:

Temuluk said...

Salam, memang secara dasarnya bn salah tapi kenapa pr luluskan begitu banyak lesen pusat hiburan dan rumah urut, maaf cakap kalau kita asyik menyalahkan orang lain tanpa menyedari kesilapan sendiri buruk padahnya, ada rakyat selangor yang asyik menyalahkan kerajaan selangor terutamanya exco kerajaan tempatan Ronnie Liu dan DAP akibat pertumbuhan pesat pusat-pusat maksiat ni, berhati-hati jangan sampai PR kehilangan Selangor disebabkan perkara ini. Kerajaan Selangor jangan luluskan lagi lesen-lesen pusat maksiat, jangan kerana nak ambik hati orang cina anda sakitkan hati orang melayu-Islam. Kalau boleh cuba tutup seberapa banyak yang boleh, JANGAN TAKUT DAN TUNDUK KEPADA DAP DAN RONNIE LIU

Ahmad Al-banjari said...

T.kasih. Betul tu..

Tapi, takkan BN tak salah langsung?

Anonymous said...

Benar tapi kan .... operasi dijalankan oleh Polis/PBT/Imegesen/Kesihatan namun berapa org telah didakwa dimahkamah?Berapa tokey telah di penjarakan?Berapa GRO Islam telah di dakwahkan? Balik2 nak salahkan org.....penguatkuasa itu sendiri tiada kuasa....hanya wayang untuk melemah/menyalahkan org sahaja.....Fikirkan2 lah wahai Temuluk.....

Temuluk said...

BN memang salah tak dinafikan tapi kenapa, kenapa dan kenapa kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR SANGAT BANYAK MELULUSKAN LESEN_LESEN MAKSIAT, BN memang salah sebab tidak melaksanakan syariat ISLAM tapi KENAPA PARTI ISLAM SEMALAYSIA YANG ADA DALAM KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR HANYA BERDIAM DIRI DALAM URUSAN MELULUSKAN LESEN-LESEN INI, KENAPA BIARKAN RONNIE LIU LULUSKAN SEMUA LESEN-LESEN INI, ADAKAH HENDAK MENJAGA HATI MASYARAKAT BUKAN ISLAM ? KALAU PARTI ISLAM SEMALAYSIA MEMBANTAH SAYA RASA LESEN-LESEN INI TIDAKLAH DILULUSKAN SEBEGITU BANYAK, PBT-PBT ADALAH DIBAWAH BIDANG KUASA KERAJAAN NEGERI KENAPA NAK SALAHKAN ORANG LAIN, bukan bela BN tetapi nak menyedarkan PAS dan PR kesilapannya, adakah PAS dan PR ini MAKSUM macam para NABI DAN RASUL, jangan biarkan Selangor jadi macam Terengganu. Kita jangan jadi Asorbiyah, kalau salah tetap kata salah walaupun dipihak kita. Apabila kita menganggap diri kita sahaja betul bermakna kita membinasakan diri kita sendiri, Islam menyuruh umatnya bermuhasabah supaya kita dapat mengenali kesilapan,kelemahan dan kesalahan diri sendiri supaya kita dapat perbaiki diri kita. Asyik menyalahkan orang lain tidak menyelesaikan masalah.

Man Black said...

Yg aku faham, lesen diluluskan oleh pusat (BN) n premis dari PBT..kalau lesen dah ada tp premis tak dapat maka takdalah bisnes..jd nya PR kena serius seseriusnya dlm bab ni..jgn sampai aku pangkah BN sebab aku benci BN udahle..

Anonymous said...

dah disuruh pilih identiti, aku pilihlah Anonymous, tak ada masaalah pun...

alahai kosmo, faham faham jerlah akbar ni berat sebelah, info bermotif. aku pergi hatyai tak samapun macam puchong, aku pergi puchong tak sama pun macam hatyai situasinya , dah masuk ke dalam 40 pusat urut yang dinyatakan tu? , berbaloi ke dengan berita yang kontot itu? jika sudah berbuat demikian?, kasihan yang tidak terlibat dalam kancah seks pun terpalit sama.

Syabas ibnu hasyim kerana paparan ini telah dapat melahirkan kritikan dan pandangan pro dan kontra :)

Ibnu Hasyim said...

T.kasih anon di atas.

kampong lad said...

membenteras kegiatan ini adalah tanggungjawab penguatkuasa kerajaan federal & tempatan. period.

Anonymous said...

Sebagai rakyat kita perlu berbuat sesuatu. Beberapa tempat di Indonesia, rakyat beramai2 turun memusnahkan tempat maksiat. Apakah kita tidak boleh melakukan perkara yang sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails