Tuesday, July 17, 2012

BN Balik Pulau.. Sana Terpelau Sini Terlepas..



CHANG YEOW (kanan) bersalaman dengan pemimpin parti komponen BN sambil diiringi Hilmi pada majlis pelancaran 'Semboyan Dibunyikan' BN Parlimen Balik Pulau di Jalan Sungai Rusa, Balik Pulau semalam.

BN yakin rampas kerusi Balik Pulau
GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin dapat merampas semula Parlimen Balik Pulau dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, kajian mengenai kecenderungan sokongan para penduduk di kawasan berkenaan mendapati peluang BN untuk memenanginya semakin cerah.

Menurutnya, ia berikutan keyakinan dan sokongan padu yang diberikan rakyat terhadap parti itu walaupun pucuk pimpinannya berubah sejak empat tahun lalu.
"Mereka (penduduk di Balik Pulau) mula menyokong BN setelah gagal melihat cara kepimpinan dan bentuk bantuan yang diberikan pihak pembangkang," katanya pada Majlis Pelancaran Program Semboyan Dibunyikan BN Parlimen Balik Pulau di Jalan Sungai Rusa, Balik Pulau semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Balik Pulau Bayan Lepas, sana terpelau sini terlepas!  Kini masih giliran BN.. Belajar-belajar jadi pembangkang, lepas PRU13 ni, peringkat Pusat pula!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails