Saturday, July 21, 2012

Arak: Serambi Mekah Atau Jalan Bukit Bintang.



 

Serambi Mekah' jadi sarang arak

SEBAHAGIAN arak dan tuak masam yang dirampas di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Arak yang menjadi antara barangan larangan keras dijual kepada orang Islam di Kelantan kini begitu mudah diperolehi di sini.

Hanya dengan beberapa kod rahsia, bekalan arak dikesan boleh dibeli secara mudah di deretan rumah di Kampung Cina di sini pada harga serendah RM3 sebungkus dan difahamkan majoriti pelanggan terdiri daripada kalangan orang Islam.

Senario yang mencemarkan imej negeri ini yang digelar Serambi Mekah terbongkar selepas lima premis di kawasan tersebut diserbu dalam operasi bersepadu melibatkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Kastam dan Polis Diraja Malaysia petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, premis terbabit didapati bukan sahaja menjual arak jenis bir di dalam botol dan tin tetapi turut memproses tuak masam iaitu air nira yang diperam. Setiausaha MPKB-BRI, Mohd. Anis Hussin memberitahu, pada hujung tahun lepas, pihaknya telah membuat serbuan terhadap lima premis tersebut dan mengenakan denda kerana beroperasi tanpa lesen.

Demikian Laor Kosmo Online hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk dapatkan arak di Kelantan, pakai 'kod rahsia', itu buktinya  bukan mudah nak dapatkan. Lagi pun orang bukan Islam diberi kebebasan boleh minum arak di Kelantan, tapi bukan di tempat umum. Bukan macam di Kuala Lumpur atau negeri-negeri di bawah BN, orang Islam boleh beli dan minum se wenang-wenang. Tak percaya? Pergi lihat sendiri di Jalan Bukit Bintang.. Takkanlah menteri tak tahu...

1 comment:

kerja sampingan said...

ternyata penjualan miras di serambi mekah sngat murah ya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails