Wednesday, July 18, 2012

Syria, Pemberontak Lancar Serangan Besar2an

GAMBAR yang disiarkan oleh media kumpulan pemberontak, Shaam News Network semalam menunjukkan bangunan kediaman yang musnah akibat pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak di Homs tengah Syria.- AFP

BEIRUT - Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad semalam menyatakan pertempuran membebaskan ibu kota Damsyik sudah bermula. Pertempuran sengit dilaporkan telah berlalu di ibu kota tersebut sejak Ahad lalu.

"Kami mengalihkan pertempuran dari wilayah Damsyik ke ibu kota," kata jurucakap FSA yang berpangkalan di Homs, Kolonel Kassem Saadeddine.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk mengawal keseluruhan Damsyik. Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar bermula sejak Mac lalu. Menurut pihak berkuasa Maghribi, seramai 20,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.
Beberapa buah helikopter dilaporkan ditempatkan di Damsyik buat kali pertama bagi melancarkan serangan ke arah kawasan perumahan yang didiami penduduk anti-Bashar.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan pihaknya menyokong pelan damai Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan bagi menamatkan konflik di Syria. Beliau menyatakan demikian kepada Annan di Moscow. - Agensi


Presiden PAS berbincang dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi

Sementara itu, menurut Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS bersama dengan gerakan Islam lain menentang tindakan kejam regim Bashar Al-Assad terhadap rakyat dan pada masa sama juga menentang campurtangan kuasa barat di Syiria.

"Kita desak Iran dan Hizbullah menarik balik sokongan mereka sebelum ini terhadap Bashar.. Dan PAS akan bersama-sama parti Islam lain akan berusaha bagi menyelesaikan masalah Syria tanpa campurtangan asing," kata beliau semasa berada di Tunisia 14 Julai lalu. (IH).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails