Sunday, July 15, 2012

N/Aziz: Pedang, Amuk Di JPM, Dr M & Syurga..



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar jangan mengaitkan Pakatan Rakyat khususnya Pas dengan kejadian amuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya Isnin lalu. Nik Aziz juga berkata, beliau tidak dapat menerima mengapa individu terbabit mahu membawa pedang ke dalam kawasan JPM.

“Saya tak boleh terfikir, macam mana seseorang itu boleh bawa sebilah pedang samurai masuk ke bagunan JPM. Tak tahulah sama ada dia itu, ada kaitan dengan ajaran sesat dan perlakuannya itu tak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra saudara baru di Kompleks Jubli Perak Panji, hari ini. Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam media tempatan baru-baru ini, yang mengatakan Umno gagal menawan Kelantan sejak 22 tahun lalu kerana rakyat di negeri ini taksub terhadap dirinya.

“Dia (Mahathir) salah tanggapan sebenarnya, orang yang dengar dan percaya kepada percakapan saya bukan taksub tetapi istiqamah.

“Taksub ni lain, kalau dia taksub apa disuruh dia akan lalukan secara membuta tuli tanpa berfikir panjang, tetapi apa yang saya katakan adalah berdasarkan fakta dan hukum Islam dan ini merupakan istiqamah,” kata beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau turut mengakui kenyataan undi Pas masuk syurga.

“Saya akui kenyataan itu kerana seseorang yang menyokong gerakan Islam tidak kiralah Pas atau gerakan lain berlandaskan Islam akan dijanjikan ke arah itu.

"Kerana Pas ajak manusia lakukan perkara yang baik dan meninggalkan kemungkaran," katanya.

Mengulas mengenai isu kadar penurunan jenayah di Malaysia, Nik Aziz berkata, untuk mengatasi masalah ini adalah terpulang kepada kawalan nafsu manusia itu sendiri.

"Kadar jenayah menurun atau naik bukan kerana kejayaan pihak berkuasa, kenyataan itu saya kurang setuju, jenayah turun kerana kita tak pandai kendali nafsu manusia.

"Manusia ada nafsu baik dan jahat, nak tangani nafsu itu, apa yang penting kita perlu bertakwa kepada Allah," katanya. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails