Tuesday, July 17, 2012

Baling Topeng Ke Arah Ketua Tadbir Hongkong


KWOK-HUNG membaling topeng ke arah Chun-ying.

HONG KONG - Seorang anggota perwakilan Liga Demokrat Sosial, Leung Kwok-hung diusir keluar dari dewan Majlis Perundangan selepas beliau membaling topeng ke arah Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying semalam.

Menurut akhbar The Standard, Kwok-hung melakukan perbuatan itu selepas beliau tidak berpuas hati dengan Chun-ying yang gagal memberi jawapan yang memuaskan. Chun-ying memberi jawapan itu selepas Kwok-hung bertanya tentang kes pembinaan struktur haram di kediaman Ketua Pegawai Eksekutif tersebut. Bagaimanapun, topeng itu tidak mengenainya.

Kwong-hung kemudian ditahan oleh beberapa anggota keselamatan dan dibawa keluar daripada dewan tersebut. Kes pembinaan bangunan haram di kediaman mewah Chun-ying itu mendapat liputan meluas akhbar sebelum ini menyebabkan beliau meminta maaf berhubung isu tersebut.

Namun, dalam jawapannya, Chun-ying menyatakan beliau cuai tentang status pembinaan kediaman tersebut.
Struktur haram itu kemudian telah dirobohkan. Chun-ying dipilih dalam pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif pada Mac lalu bagi mengetuai pentadbiran Hong Kong. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails