
ADA  banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu  ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan  memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza 180 darjah  dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristian tetapi  lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.
Terlepas  dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam  wawancara ini, wanita Amerika itu dengan sukarela dan lebih suka memakai  tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan  kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita  Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian dan  telah memakai tudung:
"Saya  sudah tertarik dengan Islam di sebahagian besar hidup saya, dan saya  sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar  tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9 November  terjadi saya mendapat banyak maklumat. Setelah berbagai  kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam.
"Saya akhirnya mencari. Meskipun fakta-fakta asas telah saya pelajari sebelumnya, sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri. Misalnya, tidak ada paksaan dalam Islam. Sebenarnya, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.
"Saya akhirnya mencari. Meskipun fakta-fakta asas telah saya pelajari sebelumnya, sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri. Misalnya, tidak ada paksaan dalam Islam. Sebenarnya, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.
"Hal  lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah  dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah  jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak  saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.
"Saya  menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama  lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil  mengatakan, "Bersikaplah baik satu dengan yang lain." Dalam Islam hal  ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik  satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama  lain.
"Islam  adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang  menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami  isteri, dan dalam masyarakat. Saya mencari Islam yang saya  asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam  agama Kristian.. Saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama  Kristian selama bertahun-tahun.
"Konsep  lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada  masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan  saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan  dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka  mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya  dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik.  Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan  itu, apakah mereka setuju atau tidak.." Jelas beliau.
Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:
"Saya  fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam  Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya  merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan  segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya  menjadi peribadi seutuhnya.
"Dalam  Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati  sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang  untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki,  seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika." Jelas wanita bertuah yang mendapat hidayah dari Allah SWT itu.

 
 

1 comment:
Racism in Malaysia
http://kelab-murtad.blogspot.com
Post a Comment