Thursday, March 22, 2012

Berjaya Harungi ISA Zalim, Tahniah Yazid Sufaat!

WAWANCARA Bekas tahanan ISA Yazid Sufaat berkata, kadang kala beliau hanya ingin melihat bintang bersinar di malam resahnya ketika berada dalam tahanan di Kamunting.

NONEDalam tempoh tujuh tahun itu, beliau diasingkan daripada tahanan lain selama lima tahun, kata Yazid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

"Tujuh tahun itu telah banyak mengajar saya. Saya memahami kehidupan dengan lebih baik, saya menghargai apa nikmat yang Allah bagi.

"Satu hari di penjara itu, saya nak tengok apa? Bintang berkelip-kelip. Tiga tahun tak tengok, daripada sel saya, tak boleh nampak.

"Bila nampak bintang berkelip, itu satu nikmat. Kadang kala kita tidak menghargai kehidupan," katanya yang berdoa supaya dapat melihat pemandangan itu.

Setelah mengharungi segala keperitan hidup semasa di dalam tahanan dan dibebaskan tiga tahun lalu, Yazid bagaimanapun masih sangsi dengan usaha kerajaan untuk memansuhkan akta itu.

"Jika ia berfungsi dengan baik kepada mereka (kerajaan) kenapa mereka hendak mansuhkan? Mungkin mereka akan tukar nama, tapi kandungan akta baru itu sama juga, mungkin lebih teruk," katanya lagi.

Walau telah dibebaskan, Yazid kini masih berada di bawah sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menghalang beliau daripada ke luar negara, memiliki aset dan juga berdagang senjata.

Bekas kapten tentera itu percaya, penahanan beliau ada kena mengena dengan "kepakarannya" dalam biokimia.

Dalam wawancara hampir dua jam itu, Yazid tidak teragak-agak untuk menyatakan mengenai pertemuannya dengan pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden, rakan-rakannya di Afghanistan dan juga ikatan "ukhuwah" di antara mereka.

Namun, apabila ditanya mengenai penglibatannya dalam program berkaitan biokimia semasa perkhidmatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia, mulutnya terkunci rapat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Yazid! Kamu telah berjaya mengharungi ujian dunia. Mengingati kata-kata Nabi Musa AS kepada Superpower Fir'aun, "Hukumlah kamu, kamu hanya hukum di dunia ini sahaja...."(Mk)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails