
KL 21 Mac 12: Bagaimana  seseorang menjelaskan kewajaran  kematian 3,000 nyawa yang tidak  berdosa? Bagi ramai orang di seluruh dunia yang menyaksikan kemusnahan  pada 11 Sept, 2001, sukar bagi menjelaskan kewajaran itu.
Tetapi  tidak bagi Yazid Sufaat - suami, bapa, kapten tentera yang telah  bersara, usahawan dan mengikut Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antara  penaja serangan al-Qaeda yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New  York.
Beliau  turut menafikan dirinya seorang pengganas, walaupun menurut PBB, Yazid  pada bulan Oktober 2001 pernah bertemu dengan Zacarias Mousaoui.
Zacarias  pada tahun 2006 dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Amerika  Syarikat kerana kesalahan merancang serangan 9/11. Beliau juga dikatakan  memberikan Yazid sekurang-kurangnya AS$35,000 untuk membuat persiapan  berhubung serangan berkenaan.
Yazid ditahan di bawah Akta  Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa dalam  pulang dari Afghanistan di  sempadan Thailand-Malaysia, pada bulan Disember 2001. Beliau ditahan  sekurang-kurangnya tujuh tahun di Kamunting, Perak. Daripada tempoh  tahanan itu, lima tahun adalah kurungan di bilik seorang diri. Yazid, 48, yang diwawancara Malaysiakini  di rumahnya minggu lalu, mempunyai jawapan yang mudah berhubung  pembunuhan sesama manusia - jika apa yang dilakukan mereka itu adalah  salah, Allah akan memberikan petanda.
Yazid, 48, yang diwawancara Malaysiakini  di rumahnya minggu lalu, mempunyai jawapan yang mudah berhubung  pembunuhan sesama manusia - jika apa yang dilakukan mereka itu adalah  salah, Allah akan memberikan petanda.
Menurut beliau, tindakan  militan yang didakwa membawa nama buruk kepada Islam sebenarnya  melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah yang memeluk Islam semakin  ramai.
"Niat mereka adalah suci. Apa yang mereka lakukan adalah  satu ibadat, dan mereka mungkin melakukan kesilapan di sana sini, tetapi  iman mereka, kepercayaan mereka terhadap keEsaan Allah adalah benar.
"Jika mereka membuat kesilapan, mungkin dalam pelaksanaan, dan insyaAllah, Allah akan mengampunkan mereka," katanya. (IH/Mk)
 
 

No comments:
Post a Comment