
Radiasi di Bukit Merah: DAP bentang usul tergempar
KL 21 Mac 12: Satu  usul tergempar akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membincangkan  dakwaan tahap radiasi yang berlebihan di sekitar kilang penapisan Asia  Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang. Memetik  bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas  (SMSL), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata bacaan yang dibekalkan  oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menunjukkan angka yang  bercanggahan.
Memetik  bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas  (SMSL), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata bacaan yang dibekalkan  oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menunjukkan angka yang  bercanggahan.Kata Fong, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakkan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk.
Semalam, SMSL yang berjuang menentang loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, berkata bahawa kesan radiasi di kilang yang telah ditutup 18 tahun lalu, masih pada tahap berbahaya.
Ia berikutan lawatan kumpulan itu yang diketuai pengerusi SMSL Tan Bun Teet dengan ahlinya yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi.
 Dakwa  beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19  microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa  pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Dakwa  beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19  microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa  pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), kata Tan. (Mk)
 
 

No comments:
Post a Comment