
Laporan Utusan hari ini yang membawa tindakan saman ke atas akhbar itu
KOTA BHARU, 21 Mac 12: Kerajaan negeri Kelantan  mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap  akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.
Keputusan  ini dicapai dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan yang  dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat hari ini.
"Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta,  menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah," kata Dr Mohd Fadhli  Hassan (gambar bawah), Exco kerajaan negeri Kelantan. Tiga Exco Kelantan dalam sidang media mereka hari ini
Tiga Exco Kelantan dalam sidang media mereka hari ini
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.
Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.
Semalam,  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman  kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang  biseksual. Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.
Dr Fadzli, exco penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan. "Laporan  itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan," kata  Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Exco pagi ini.
Beliau  mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu  sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan  sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual. (Hrkh)
 
 

1 comment:
inilah salah satu kerja amal jariah utusan.. membongkar dan memutar belit berita serta menyembunyikan kebenaran.. sama sahaja dengan yahudi
Post a Comment