Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar. Selain  itu, mereka juga kuathir bahawa loji berkenaan akan turut menjejaskan  aktiviti penangkapan ikan laut, yang merupakan sumber pendapatan utama  bagi penduduk tempatan.
Selain  itu, mereka juga kuathir bahawa loji berkenaan akan turut menjejaskan  aktiviti penangkapan ikan laut, yang merupakan sumber pendapatan utama  bagi penduduk tempatan.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang berlangsung jam 10 pagi.
Peliknya,  acara bantah yang menyaksikan penunjuk perasaan membawa sepanduk dan  poster selain melaungkan slogan di pantai berhampiran Kampung Sungai  Kapal hanya berlangsung kira-kira 20 minit.
Penduduk dan aktivis alam sekitar membawa pelbagai poster dan kain rentang bagi membantah projek berkenaan antaranya tertulis:
"Selamatkan Bumi Pengerang", "Jamgan Cemarkan Bumi Pengerang" dan "Pengerang tanah tumpah darahku".
Manakala kain retang pula tertulis "Kekalkan Alam Semula Jadi Pengerang" dan "Kekalkan Kampung Tradisi Kami". Ketua  Polis daerah Kota Tinggi Che Mahazan Che Aik memberitahu pemberita  kemudiannya bahawa penganjur memaklumkan bahawa mereka cuma mahu  berkumpul dengan aman selama 30 minit.
Ketua  Polis daerah Kota Tinggi Che Mahazan Che Aik memberitahu pemberita  kemudiannya bahawa penganjur memaklumkan bahawa mereka cuma mahu  berkumpul dengan aman selama 30 minit.
"Polis tidak ada halangan selagi ia dibuat dengan aman, tanpa apa-apa pepecahan dari segi keamanan, tentangan dan sebagainya.
"Ia  sudah berjalan dengan aman. Kehadiran polis untuk menjaga keamanan.  Tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku," katanya sambil  menambah seramai 15 anggota polis yang mengawal keadaan di situ.
Ada racun, toksik
Pengambilan  tanah fasa pertama melibatkan 9,500 ekar tanah dalam proses untuk  diambil bagi projek berkenaan yang melibatkan tujuh kampung. Manakala  bagi fasa kedua melibatkan 22,500 ekar bagi fasa kedua bakal menyusul.
Pada  sidang media selepas perhimpunan itu, pengerusi Jawatankuasa Bertindak  Penduduk-penduduk Pengerang Kasran Abdullah berkata pihaknya tidak  menolak pembangunan tetapi tidak melibat pengambilan tanah sehingga  penduduk akan dipindahkan di tempat yang jauh. "Kilang-kilang petrokimia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.
"Kilang-kilang petrokimia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.
"Bagaimana  dengan pencemaran udara, akan ada racun, toksik. Kehidupan penduduk  akan terancam dan boleh membawa maut. Ia termasuk haiwan di laut," kata  Kasran yang juga bekas guru besar.
Menurut Kasran lagi, penduduk khususnya petani, peniaga dan nelayan juga bakal berdepan dengan risiko kehilangan pendapatan.
"Tanah  empat, lima ekar untuk kelapa sawit yang memberi hasil RM1,000 hingga  RM2,000, jika mereka berpindah, mereka mahu makan apa.
"Pendapatan mereka akan hilang jika terlibat dengan pengambilan tanah," katanya.
Menurut Kasran lagi, 35 peratus nelayan di situ, turut berdepan dengan situasi demikian dalam tempoh jangka masa panjang.
Ini  kerana projek tersebut akan mengganggu dan merosakkan habitat laut  seperti ikan, udang kara dan burung-burung yang berhampiran di kawasan  itu.
"Jadi identiti Pengerang, apabila orang Singapura datang mahu makan udang kara, (hasilnya) sudah berkurangan.
"Dulu nelayan turun dapat 20 ekor, sekarang turun, dapat satu, dua ekor sahaja," katanya.
Menurut Kasran lagi, kebanyakkan peniaga di sini juga risau dengan masa depan perniagaan mereka jika tanah itu diambil bahkan mereka akan ditempatkan di Kg Baru Teluk Rumania yang terletak dua hingga tiga kilometer dari kawasan projek.
Kasrun juga mendakwa kesan pengambilan tanah telah menyebabkan penduduk dan institusi keluarga berpecah belah khususnya bagi penduduk Melayu.
 Ini  kerana terdapat kelompok di kalangan mereka yang "mengira wang" untuk  menjual tanah mereka, dan ada yang membantah pengambilan tanah itu.
Ini  kerana terdapat kelompok di kalangan mereka yang "mengira wang" untuk  menjual tanah mereka, dan ada yang membantah pengambilan tanah itu."Sudah berpuluh-puluh tahun orang tua-tua buat rumah cantik-cantik. Tapi (hari ini) seperti dalam kena 'bom' , (ada pihak) datang, mahu ambil tanah.
"Kami mahu kekal seperti ini, mahu cari makan cara masing-masing... Perancang projek ini tidak memikirkan faktor kemanusiaan, tetapi hanya keuntungan.
"Penduduk perlu diutamakan, kita rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media yang diadakan di bangunan MCA cawangan Kg Sungai Kapal.
Sehubungan itu, jawatankuasanya akan menghantar memorandum rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempertimbangkan rayuan mereka.
Memorandum itu akan diserahkan melalui MCA. (MK)

 
 

1 comment:
Di mana UMNO kuat...orang Melayu kena pindah.
Post a Comment