 KERAJAAN  Sabah akan melindungi kepentingannya dalam cadangan menjual tiga buah  pulau di perairan negeri ini kepada orang asing menerusi iklan internet.
KERAJAAN  Sabah akan melindungi kepentingannya dalam cadangan menjual tiga buah  pulau di perairan negeri ini kepada orang asing menerusi iklan internet.Pengarah  Jabatan Tanah dan Ukur negeri Datuk Osman Jamal berkata kerajaan negeri  sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan iaitu  Mengalum, Pandanan dan Montukod; tetapi tidak boleh menghalangnya kerana  pulau-pulau berkenaan milik persendirian.
"Bagaimanapun pemilik  pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah  sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita selepas  menghadiri majlis perjumpaan Hari Raya anjuran Bahagian Akhbar dan  Penerbitan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Innoprise di sini, Rabu.
Osman  diminta mengulas iklan yang dikatakan untuk menjual pulau-pulau  tersebut menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di  Toronto, Kanada.
Sebuah akhbar tempatan semalam dipetik  melaporkan bahawa ketiga-tiga pulau terbabit, pertama Mengalum terletak  di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga  US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan  Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh  hektar) dengan harga US$11.266 juta.
Osman berkata pulau Mengalum  dimiliki sebuah syarikat dengan hak milik pajakan negara (CL), Montukod  hak milik pajakan negara dan peribumi manakala Pandanan diberi secara  hak milik CL. Katanya, kedua-dua pulau Montukod dan Pandanan adalah milik individu persendirian. (BERNAMA)
Sementara itu, Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri  membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di  pasaran antarabangsa.   Menurut  ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab  bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk  menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu  mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan  pedalaman.  Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan  Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam  penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan  melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan  milik persendirian. (IH)
Menurut  ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab  bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk  menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu  mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan  pedalaman.  Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan  Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam  penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan  melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan  milik persendirian. (IH) 
 
 

1 comment:
Assalamualikum soudara ku
hmm pulau sipadan mempunyai kenangan tersendiri bagi ku
Post a Comment