Thursday, September 22, 2011

Hudud: 'Pi Tanya Najib...' Dr M Lucu -Nik Aziz

KL, 22 Sept !!: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...,” kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

betui le...sekarang ni kan najib yang jadi PM....aku takde masalah ngan hudud tapi aku ada masalah ngan parti yang lacurkan islam seperti;
1-isu guna nama Allah
2-memandang rendah pada nabi Muhamad saw
3-bersengkokol ngan DAP {yang terang2 anti islam (hangpa apa tau, aku pernah kerja ngan cina bukit)
4-isu murtad DUMC
5-isu buta mata sokong membuta kes seks Anwar
6-cara PAS tarik pengundi yang mencemuh (aku tak suka) walaupun aku ahli PAS, tapi sapa yang akan dengar pandangan ini

Anonymous said...

Orang PAS xkan cakap dgn xberilmu mcm tu....jemput datang ke Kelantan wahai saudara ku, jumpalah tuan guru sendiri di Pulau Melaka..InsyaAllah tuan akan nampak keikhlasan beliau untuk membetulkan apa yg tak betul dalam masyarakat Islam masa sekarang...janganlh tuan terus tenggelamkn diri tuan dgn taktik kotor UMNO...apa yg kita lakukan di dunia ni akan di soal di depan Yang Maha Esa kelak...InsyaAllah semoga tuan jumpa jalan kebenaran nt...Wassalam

muslim said...

personaliti Nik Aziz ni menarik....bagi aku, nak laksanakan hudud di Kelantan tu mungkin kekangan daripada peraturan kerajaan Pusat sekarang. Bagi aku, sebelum nak kata PAS lacurkan Islam, aku tengok diri aku sendiri dulu...adakah aku tidak melacurkan Islam? secara sedar atau tidak...kita semua ada menyumbang sedikit sebanyak...kalaulah Kelantan berjaya melaksanakan hudud dengan berkesan...fuhhh....satu tamparan hebat kepada kerajaan pusat...yang aku sokong sekarang ni. aku sokong pun bukan sebab kerajaan sekarang bagus, sebab aku xnak DAP dan sekongkolnya menang. PAS keluarlah dari BA dan bentuk perikatan lain...then sokongan rakyat bertambah....mudahan dipermudahkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails