Tuesday, August 03, 2010

JPJ Bawah BN Pun Menindas Rakyat.

KOTA BHARU, 2 Ogos 10: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, setelah sedemikian diputuskan oleh mahkamah, kenapakah pihak kerajaan dan JPJ masih melakukan perkara ini? Tidakkah keputusan mahkamah ini perlu dihormati dan diikuti?” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tegasnya, tindakan sebegitu adalah merupakan suatu penganiyaan ke atas rakyat Malaysia dan perlu diberhentikan segera.

“Kami juga dengan ini mendesak agar Kerajaan Malaysia dan JPJ bersegera dalam menarik balik penyenaraian hitam ini kerana isu ini sudahpun diselesaikan oleh mahkamah,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Tambahnya, tinggal lagi sama ada Kerajaan Malaysia dan JPJ mahu mematuhi perintah mahkamah tersebut atau tidak.

“Pihak kami juga berkeputusan bahawa jika situasi ini tidak berubah, maka suatu tindakan perundangan lain akan dimulakan bagi membela rakyat yang secara nyata telah ditindas dalam isu ini,” ujarnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: JPJ di bawah pimpinan kerajaan BN pun menindas rakyat. Tukar sahaja kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 kali ini. Biar cuba parti lain pula memerintah.

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Amit said...

Pasal blacklist tu, kalu kes saman ekor, bukan jpj yang masukkan blacklist, tapi polis. System dia rendered dan masuk dlm sistem jpj. Oleh sebab cukai jalan bawah jpj, maka mcm nampak blacklist tu dari jpj. Pej penguatkuasa jpj hanya masukkan blacklist mereka yg xbyr kompaun jpj. Sptutnya, kalau saman speedtrap, kene tahan kat depan dan pemandu diberitahu sebab saman. Tak buleh main saman2 kut blkg. Tu enforcement penakut sbnrnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails