Monday, August 02, 2010

BN & PAKATAN Perlu Istihar Harta.. Siapa Dulu?


BAGAN DATOH, 2 Ogos 10: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan meminta semua menteri mengisytiharkan harta kepada umum wajar diserahkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan sama ada perlu dilakukan atau tidak.

“Mengikut amalan biasa isytihar harta hanya dimaklum kepada Perdana Menteri saja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadhan di Masjid Simpang Empat, Rungkup di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohammed supaya anggota Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum.

Ahmad Zahid berkata perbincangan mengenai cadangan itu wajar diputuskan oleh jemaah Menteri bersama-sama dengan Perdana Menteri.

“Di zaman bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada cadangan sedemikian tetapi semua menteri hanya menyerahkan borang isytihar harta untuk makluman Perdana Menteri ketika itu,” katanya. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat berita ini..

PAS Kawasan Batu mendesak PAS Pusat agar menyediakan polisi peristiharan harta pada setiap tahun kepada umum atau media. Demikian dinyatakan oleh yang juga Naib YDP Kawasan tersebut, dalam blognya 'SanggahTokSago.com'.

Menurutnya, hal ini melibatkan mana-mana pimpinan dan ahli yang berjawatan atau lantikan politik dalam kerajaan yang dimenangi, atau wakil rakyat di negeri dimenangi pihak lawan, bagi mempastikan ciri-ciri ketelusan, integriti, amanah dalam menjalankan tugas, tanggungjawab agar ia benar-benar terlaksana, tidak menjadikan jawatan politik sebagai “batu loncatan” untuk mengisi serta memenuhi kepentingan diri sendiri.

Apa lanjutanya?

Lihat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails