Monday, August 02, 2010

P/Salak Capai Matlamat, Semua Tangkapan Semalam Dibebaskan

KL, 2 Ogos 10: Himpunan Felcra yang julung kali diadakan di Pasir Salak, Perak semalam memutuskan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khusus untuk membela 90,000 peserta Felcra. Di mana Pasir Salak semalam, diberitakan seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang.

Usaha menubuhkan pertubuhan itu yang belum diberikan nama akan dilancarkan selepas sambutan Aidilfitri. Ia antara beberapa ketetapan yang dicapai pada perhimpunan dihadiri kira-kira 300 peserta Felcra dari seluruh negara di Felcra Bandar Seberang, semalam. Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman berkata, NGO itu mirip Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang ditubuhkan khusus untuk peneroka Felda sebelum ini.

Mengenai perhimpunan itu kata beliau, “...perhimpunan ini telah mencapai matlamat disasarkan walaupun bilangan yang hadir tidak ramai, ramai yang takut untuk hadir... walaupun kuantiti tidak ramai, tetapi matlamat yang dicapai berkualiti.”

Sementara itu, kesemua 30 peserta kempen nyalaan lilin anti-ISA yang ditahan oleh polis Petaling Jaya malam tadi telah dibebaskan awal pagi ini. Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan memberitahu, kesemua mereka dibebaskan kira-kira pukul 4.30 pagi dengan jamin polis.

Dilaporkan, semua tangkapan yang dilakukan polis semalam diseluruh negara telah pun dibebaskan. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails