Wednesday, August 04, 2010

Video Lucah Shahanim, Naib Ketua Puteri UMNO?

KL Ogos 4 10: Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohd Yusof mengakui sendiri, yang paling menghantuinya ialah apabila beliau dikatakan beraksi dalam VCD lucah, mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya. Katanya dalam satu pertemuan dengan Agendadaily hari ini.

Ketika ditanya oleh Agendadaily, adakah beliau berpendapat bahawa mungkin beliau tidak dilantik oleh Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin untuk memikul tanggungjawab penting seperti MT dan Biro keahlian kerana isu kononnya ada VCD lucah dan beberapa gosip lain?

Katanya,"Saya rasa mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan beliau tetapi beliau kena ingat orang politik tak pernah lepas dari fitnah dan saya menjadi mangsa fitnah terbesar dan kini sudah sampai masanya saya nak clear everything."

Bila ditanya, bagaimana menghadapi fitnah kononnya ada VCD lucahnya disebarkan?

"Sebagai orang poiltik, saya boleh hadapi semua tohmahan dan fitnah ini, tetapi apabila anak-anak menjadi mangsa, saya tak tahan. Bayangkan apabila anak saya pulang dari sekolah dan beritahu kawan-kawan sekolahnya mengatakan mereka lihat gambar saya dalam YouTube…

"Perkara ini menjadi lebih sensitif apabila guru sekolah anak saya bertanyakan kepada anak saya sama ada saya dan suami sudah bercerai! Saya dan suami saya sudah 16 tahun berkahwin, tak pernah ada masalah. Sampaikan guru sekolah pun jadi macam itu. Saya terpaksa tukarkan sekolah anak saya dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

"Saya berpegang, macam mana pun kita buat, kebenaran akan timbul sama ada cepat atau lambat. Saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan mengenali diri saya. Kepercayaan yang dia bagi adalah asas kekuatan diri saya.

Kenapa selama ini beliau berdiam diri terhadap gosip dan fitnah ini? Tanya Agenadaily lagi terhadap semua fitnah terhadapnya, termasuk VCD kes lucah ini.

"Masa mula-mula dulu saya bercadang nak buat laporan polis di Bukit Aman, tetapi beberapa pemimpin veteran UMNO kata dalam politik ini perkara biasa dan saya tak perlu heboh. Mereka kata kalau buat report berrmakna kita melatah. Tetapi seminggu sebelum PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 tersebar SMS yang mengatakan VCD lucah saya akan disebarkan sekiranya nama saya naik jadi calon. Macam biasalah, dalam masa tak sampai lima minit, satu Malaysia dapat SMS itu. Maka orang sibuk mencari-cari VCD itu…termasuk saya sendiri. Sehingga hari ini mana ada?"

Menurutnya lagi, setakat gambar superimpose mukanya dicantum dengan badan pelakon…adalah. Dia sendiri nak tengok VCD itu kalau ada. Malah dia buat tawaran RM30ribu kepada sesiapa yang boleh buktikan dan tunjukkan VCD itu kepadanya. Sehingga hari ini tak ada pun orang datang dan tunjuk bukti fitnah itu betul atau tidak. Jelasnya.

"Selepas itu timbul gosip kononnya PKR sedang menyiarkan video Shahanim, Saya hantar orang pergi tengok tetapi tak ada pun. Ternyata cuma ceramah biasa PKR sahaja." Demikian pengakuannya dalam Agendadaily.(AK)

11 comments:

Anonymous said...

so, apa rasa skang kena fitnah?. Kesiankan anak2 kan... itulah yg di rasakan oleh Anuar Ibrahim. sekian. terima kasih.

uLaTbUKu.cOm said...

tu la balasan kalau suka percaya fitnah pada orang lain akhirnya sendiri kena fitnah....Allah balas tunai kalau kita percaya fitnah dan suka memfitnah orang.

Anonymous said...

Lagu mana hampa buat kat keluarga tahanan ISA yang dihina dan terhina, kat Uncle Anuar dan family, dan kat semua rakyat Malaysia walau apa agamapun lagu tu hampa rasa di dunia ini lagi...tengokla hat wat kat Uncle, satu persatu bala Allah bagi cash...ingat woiiii, doa orang kena zalim.... buat jangan tak buat... ha apa lagi..tangkap, tangkap,..gari...gari..telanjangkan..waoiii SB lekaih la..wat jangan tak wat....isyallah anak cucu hampa tak selamat aih.....jangan ingat nanti tua kita tobat..tapi janji Allah kifarah tetap kifarah...pakat-pakat rasa azab Allah...dari itu hat dok ada nak pedajai orang tu,..isghtifarlah sekejap, mohon keampunan...hampa pun nak mati jugak...hampa tak harap ka syufaat Nabi kat hampa....aku kesian kat hampa, terbujur jadi mayat seduit pun tak guna dah...ok selamat berfikir, tu pun kalau hampa ada akai...

kembara putih said...

Betul tu. Dia bertuah kerana boleh bela diri, tapi tahanan2 ISA langsung tidak dapat peluang itu, jumpa peguam pun tidak dibenarkan, apa lagi untuk mohon bicara. Bila polis dan menteri dah kata bersalah, maka bersalah la mereka. Lalu merengkok la mereka dalam tahanan meninggalkan isteri dan anak2 yang masih kecil. Kasihan...

Anonymous said...

anwar difitnah....???

kahkahkah....lawak la lu bebb... bdak kecik je yg percaya.

tak baik sembunyikan kebenaran hanya kerna undi...ustazzz.

zek

Anonymous said...

dengar la wahai UMNO.Allah itu mahal adil.jangan la memfitnah dan mengunakan kekuasaan yang ada pada anda.sesungguhnya Allah lebih berkuasa daripada anda.(khas untuk sesiapa yang ada otak)

Anonymous said...

amik lu! sebok sebaq fitnah org.. las2 kena batang idong sdiri...
eh ka btol2 ada video ni?
tokan dah kna tangkap kot...
wahahahaaa

amai's said...

satu jela~ x leh terima org ckp kekayaan tru politic? ~ humour me! . lain2 tu mmg la kesian kan. but tula, sblm berkata2 if mengiakan satu2 campaign- fikirlah dulu the consequences....

Anonymous said...

iya ke anwar kena fitnah...??? sampai 2 x kena fitnah yer... hmmm.. pk2 sendirila kalau nak bercakap tue... itu pun dah kira fitnah... benar atau tidak hanya Allah, anwar n mangsa2 sekalian yang tahukan,,,,
undi adalah rahsia...!!!!

--->sesungguhnya Allah lebih berkuasa daripada anda.(khas untuk sesiapa yang ada otak)---> ada ke org xde otak... tak pakai akal adalah...

sesungguhnya yang benar hanya dr Allah..

joecharlie said...

Anu-war kata jadi PM Malaya 16 Sept 2008 NI FITNAH JUGA KE? AIR MANI SAPA KAT DALAM ANUS SAIFUL?TUNGGU DR.RAZALI PAKAR HKL BERI ULASAN .NANTI KATA DR. NI FITNAH ANU-WAR JUGA KE?

Anonymous said...

Salam,bila bab ngata orang suke jek eh,tp bila cter pasai kebaikan benci betulll.plis la.banyak lg org miskin,anak yatim nak kene tolong.dari buang masa buang karen mengutuk,mengumpat meh sesamer kita membantu mereka yang memerlukan.Kalau kita bleh tahu bila kita mati ,sila teruskan makian dan cacian andaaa..salam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails