Tuesday, August 03, 2010

Mohd Yusuf Husin: Amaran Tragedi Memali Berlaku Lagi?




KL Ogos 3 10:
Jika pihak berkuasa tidak menangani perkara 'keghairahan polis menyuraikan perhimpunan aman di seluruh negara seperti yang berlaku pada hujung minggu' lalu dengan betul, ia mungkin mencetuskan peristiwa berdarah seperti tragedi Memali pada 1985 lalu.

Demikian amaran dari Muhamad Yusof Husin seorang senator Pakatan Rakyat dari PAS seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini malam tadi. Peristiwa Memali lalu menyaksikan 14 orang terbunuh ketika orang kampung bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan orang kuat PAS, Ibrahim Mahmud, atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. Peristiwa yang melibatkan beliau sendiri ditahan waktu itu.

Keghairahan pihak polis menyuraikan perhimpunan aman seperti disebutkan, menimbulkan spekulasi beliau bahawa tindakan itu mungkin membawa kepada pusingan Operasi Lalang seterusnya. Menurutnya, taktik yang sama digunakan oleh kerajaan BN pada 1987 apabila pihak berkuasa memastikan sentimen anti-kerajaan tidak merebak dengan menahan 106 orang mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA).

Beliau mengakui walaupun 'kemungkinan' tangkapan itu tidak berlaku, namun perkara berkenaan amat membimbangkan. Berdasarkan apa yang berlaku itu tidak keterlaluan jika seseorang beranggapan pihak berkuasa cuba memperlihatkan “situasai tegang di negara ini.”

“Apabila aktiviti secara aman tidak dibenarkan, ia akan mencetuskan bantahan dan kemungkinan pihak berkuasa akan mengambil peluang ini menggunakan ISA dengan alasan memastikan ketenteraman awam dipelihara,” katanya di lobi Senat hari ini.

“Seperti Operasi Lalang pada 1987, semua pemimpin pembangkang dan kakitangan NGO yang tidak menyokong kerajaan ditahan mengikut ISA .. ini satu kemungkinan. Kemudian kerajaan akan mengadakan pilihan raya dan pemimpin BN berada dalam kedudukan selesa kerana tiada pembangkang.”


Sejarah pahit peristiwa peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Mamali.

4 comments:

Anonymous said...

Boleh pecaya ka kata Pak chop tu masa di kena tangkap dalam peristiwa memali tu dia duduk berasingan dengan tahanan yang lain.Nyamok sekok pun tak ketik dia.Buat pengakuan dalam TV dulu dia kata di buat Pengakuan sebab di ugut dengan senjata oleh Polis..rupa rupanya tidak belaku demikian.Jangan dok dengar sangat Pak chop ni pi cari mangsa Memali depa boleh cerita kesah yang sebenarnya Pasai Pak Chop ni,Sebab tu PAS kedah dah kalam kabut lani.Hampa ingat Pak chop tu sapa?????.Pi cari keluarga Ustaz Ibrahim libia siapa yang sebenarnya Pak Chop

Anonymous said...

Macam tu lah perangai dan akhlak pemimpin PAS yang bersalut dengan kopiah putih dan nama ISLAM. Kami orang Baling tau apa yang berlaku di Memali. Ibrahim Libya dah kumpul pengikutnya sekian lama untuk mengangkat senjata menentang kerajaan. Semua pemimpin PAS pada masa tu pun tahu dan mereka memberi sokongan kepada kumpulan ini. Kenapa Fadzil Noor menafikan kumpulan ini tiada kaitan dengan PAS bila RTM mendedahkan semula kisah Memali ini? Kenapa tidak berani mengaku semua yang terlibat itu adalah pengikut PAS? Lambang PAS digunakan di tempat tersebut. Apa yang nak dinafikan lagi. Akhirnya siapa yang jadi mangsa? Kini anak-anak dan balu syuhada (kononya) diputar belit oleh pemimpin PAS sendiri. Kalau tidak masakan mereka sanggup lapor kepada polis tentang penyelewengan tabung memali. Betulkah perjuangan PAS ini??? Cuba pikir dalam-dalam. Ustaz (taik kucing) Yusof Husin ni pun banyak cerita yang pelik mengenai beliau. Cuba hangpa pi tanya Cikgu Non Al-Afghani... mudah-mudahan tuhan buka pintu hati kita semua untuk menerima kebenaran.

Anonymous said...

Betul kata Ustaz (Taik Kucing) Yusof Husin tu... peristiwa Memali boleh berlaku semula, bahkan peristiwa 13 Mei pun boleh berlaku lagi kalau puak-puak PAS ni dok jual maruah Melayu dan ISLAM kepada cina komunis DAP... bodoh tak boleh diajar...pakai kopiah putih, bubuh gelaran ustaz saja dan berasa hebat sangat islam dia tuh... esok hangpa tunggu dan terima lah azab Allah di Akhirat... bertaubatlah sebelum terlambat..

Anonymous said...

la wei...hang jangan muhong la kata hang orang baling....lagi satu.....apa masalah PAS dengan DAP..bukan depa perintah negara...UMNO yang perintah negara bersamax2 dengan MCAAAA MCAA MCAAA.kafir cina woi..hampa jgn dok tunjuk bodoh sgt..Selama 50 tahun UMNO perintah awat yang kaya cina..tokex2 cina kaya raya ..sapa yang jual maruah melayu weii..puiihhhhhhhhhhhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails