Tuesday, July 27, 2010

Isu Saman Ekor, JPJ Sila ambil Perhatian.

PENGGUNA

PARIT BUNTAR 27 JUL 10
: Tindakan Pakatan Rakyat Perak memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah, mendapat sokongan dari PAS Parit Buntar.


Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin berkata, tindakan kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan amat dikesali.

“ Ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut.

“Ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam. Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya” katanya


Azhar berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.


“Kami di Parit Buntar juga mendengar rungutan rakyat yang disenarai hitam kerana saman ekor ini. Oleh kerana perlukan memperharui cukai jalan mereka terpaksa membayar saman berkenaan.


“ Tindakan PR Perak sediakan peguam amat dialu-alukan dan rakyat yang tidak puas hati terhadap saman ekor ini boleh menggunakan peguam PR Perak membawa kes ke mahkamah” kata Azhar yang juga seorang peguam.


Menurutnya, tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.


"Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalan raya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: JPJ perlu prihatin terhadap masalah rakyat. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails