Thursday, July 29, 2010

Zina, RM150 Sekali. BN Tetap Pekak Dg Pusat Hiburan..

GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.

KL JUL 29, 10: Puluhan pelanggan yang memenuhi sebuah premis hiburan Kuchai Entrepreneur Park di sini, membawa kepada pembongkaran umpan wanita warga asing montok yang menjadi rahsia pelaris perniagaan mereka.

Wanita warga asing terbabit dipercayai bukan saja menjadi pelayan pelanggan (GRO), malah turut menawarkan khidmat seks dengan kadar bayaran serendah RM150 sekali perkhidmatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan anggota termasuk pegawai Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu premis terbabit kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, beberapa wanita warga asing yang berpakaian seksi dan asyik melayan pelanggan terkejut, namun tidak sempat meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata operasi diketuai Cif Inspektor Kamarudin Mohd Yusof menahan 10 wanita warga asing iaitu tujuh warga China, Vietnam (2) dan seorang warga Thailand. Semua mereka berusia 19 hingga 35 tahun.

“Semua mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Perzinahan' bukan khidmat seks, tetap menjadi masalah di pusat hiburan. Samada warga asing, atau remaja tempatan, montok, atau sebagainya adalah jenayah yang melanggar 'agama' negara ini, tidak wajar di sebut 'khidmat'. Kerajaan Pusat BN dan pemimpn-pemimpin masih pekak dan telinga kuali terhadap 'kebusukan' pusat hiburan yang dibelai mereka. Sampai bila kegiatan begini terus dikekalkan?

9 comments:

Anonymous said...

Jangan salahkan BN saja. Apa Pas dah buat dengan pusat maksiat di Selangor? Apa Hassan Ali dah buat?

Pusat maksiat semakin bertambah selepas Pas membentuk kerajaan negeri dan mengangotai ahli majlis tempatan.

Pas tak berani dengan kufar DAP. Sebab tu Pas tak berani nak halang pertambahan pusat maksiat kat Selangor ni.

Tokngah

Anonymous said...

Sabar Tokngah..

Mintak statitik pertambahan pusat maksiat tu..
Kita buat report..
Jgn cakap ikut ape yg paper tulis je..

Bang Long

Anonymous said...

kepala butuh ko. pusat maksiat naik mendadak di negeri s'gor ko salahkan BN. dasar islam munafik.

Anonymous said...

percaya la ngan paper malay tu .lagi bangang bin bahlol( to anon 10.22) tok ngah pun sama gak

Anonymous said...

Mari kita bersihkan negara dari zina.....

Anonymous said...

ahahhaha...lawak a hampa dua nih..

ahmed said...

Wanita warga asing terbabit dipercayai bukan saja menjadi pelayan pelanggan (GRO), malah turut menawarkan khidmat seks dengan kadar bayaran serendah RM150 sekali perkhidmatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan anggota termasuk pegawai Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu premis terbabit kira-kira jam 11 malam kelmarin.

ali said...

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Perzinahan' bukan khidmat seks, tetap menjadi masalah di pusat hiburan. Samada warga asing, atau remaja tempatan, montok, atau sebagainya adalah jenayah yang melanggar 'agama' negara ini, tidak wajar di sebut 'khidmat'. Kerajaan Pusat BN dan pemimpn-pemimpin masih pekak dan telinga kuali terhadap 'kebusukan' pusat hiburan yang dibelai mereka. Sampai bila kegiatan begini terus dikekalkan

zaid said...

Jangan salahkan BN saja. Apa Pas dah buat dengan pusat maksiat di Selangor? Apa Hassan Ali dah buat?

Pusat maksiat semakin bertambah selepas Pas membentuk kerajaan negeri dan mengangotai ahli majlis tempatan.

Pas tak berani dengan kufar DAP. Sebab tu Pas tak berani nak halang pertambahan pusat maksiat kat Selangor ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails