Friday, July 30, 2010

2,000 Dihantar Jumpa Nik Aziz, Pemecah Melayu?

Nik Aziz pemecah perpaduan Melayu?

KL 30 Julai 10: Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara “Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?” yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap. Pihak penganjur tidak membenarkan nama sebuah NGO yang menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media.

Dilaporkan juga, salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, yang akan dihantar ke Kelantan.

Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat. Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Komen Blog Ibnu Hasyim: Siapa dalang di belakang perjumpaan sulit dan tertutup itu? Bunyi kenyataannya macam terompet UMNO, cuba nak salahkan Tok guru Nik Aziz sebagai penyebab Melayu berpecah. (AK)

2 comments:

uLaTbUKu.cOm said...

piiiraaahhhh!!!!! sapa pemecah melayu?

Din said...

Tak payah kumpul di Pualau Melaka minta TGNA datang Stadium SUltan Mohammad, UMNO kumpulkan ahlinya satu stadium minta TGNA bagi penjelasan. Saya amat pasti TGNA akan berbesar hati untuk hadir beri penjelasan. Kalau takpun sediakan satu slot khas dalam radio dan TV Malaysia untuk TGNA beri penjelasan, lagilah TGNA amat2 berbesar hati untuk berbuat demikian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails