Tuesday, July 27, 2010

Juara Kepala Lembu Mengaku Salah, Siapa Dalangnya?

SHAH ALAM, 27 Julai 10: 'Juara Kepala Lembu' iaitu dua belas orang yang tahun lalu didakwa berhubung protes berkaitan kepala lembu, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan alternatif perhimpunan haram.

Mereka sebahagian daripada sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan SUK Selangor di sini dengan membawa kepala lembu pada 28 Ogos lalu untuk membantah pembinaan kuil di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Islam.

Mereka membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariamman berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Kumpulan 12 orang itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Tertuduh terdiri daripada Ahmad Mahayuddin, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, Mohd Hilmi Ni, 40,Jainuddin @ Zainuddin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohamad Nordin Zakaria, 46, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlu dibongkar lagi siapa dalangnya, apa tujuannya?

3 comments:

Anonymous said...

Ramai tertipu kononnnya kuil Hindu tu berumur 150 tahun. Cuba tengok balik sejarah bila kaum India yang bekerja di ladang-ladang mula datang ke Malaysia? Adakah orang India di ladang tu sudah ada di sana sejak 150 tahun yang lepas? Sejak bila pokok getah di bawa ke Malaysia? Hanya pada tahun 1888.

Cuba lihat di sini http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2009/09/kekalkan-kuil-sebagai-tapak-warisan.html

Tokngah
Menurut 'pakar sejarah' Brendan Pereira, kuil ini berumur 150 tahun. Pakar sejarah, yang ditangkap meniru peniru Albom, mengulang-ulang maklumat ini hingga dipercayai dan diulang oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Jika maklumat ini benar, kuil Sri Mahamariamman di Seksyen 19 adalah kuil Hindu tertua di Malaysia. Ia lebih tua dari kuil yang diperakui kuil Hindu tertua buat masa ini ia-itu kuil Sri Mahamariaman di Jalan Bandar, Chinatown Kuala Lumpur. Kuil Chinatown yang tersergam indah ini hanya 136 tahun dari tahun 1873.

Kuil Batu Caves yang mrupakan kuil Hindu paling popular di dunia di luar India dan dianggap tapak warisan dunia pun hanya berumur 118 tahun.

Ini bermakna kuil Seksyen 19 yang wujud dari tahun 1859 adalah lebih awal dari mulanya penghijrahan pekerja-pekerja India untuk bekerja di estet getah pad athaun 1870an.

Disamping itu, kuil ini wujud sebelum Henry Ridley membawa benih getah dari Brazil dan muladitumbuh sebagai estet pada tahun 1896. Kuil ini sudah wujud sebelum tuanpunya tanah sebelum ini, Guthrie Company memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit secara estet pada tahun-tahun 1896 ke 1924.

Oleh kerana kuil ini adalah satu detik yang hilang dalam lipatan sejarah, ianya patut dikekalkan. Kerajaan negeri patut bekerjasama dengan Kementeriaan Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi untuk menimbang kuil ini sebagai tapak warisan dunia.

Anonymous said...

Maaf baru terjumpa artikel tuan. Kami penduduk Seksyen 19 sudah berusaha begitu lama mohon PKNS tunai janji pindahkan kuil haram itu. Semasa pindah 1988 kuil itu kecil tanpa elektrik dan air. Kuil diguna penduduk setinggan tepi jalan keretapi ketika itu. Selepas tahun 2000 ramai penduduk dari kawasan lain datang ke kuil itu. Kuil semakin membesar selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan tahun 2006. Setinggan dipindahkan pada tahun 2005. Logikkah kuil kecil yang membesar depan mata penduduk itu sudah berusia ratusan tahun? Kenapa penduduk membantah kuil berada disitu?

Baca masalah penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam melalui blog... Kuilharam.blogspot.com

kaligrafi allah muhammad said...

saya senang dapat informasi seperti ini.
mohon teman teman yang mengetahui hal hal semacam itu bisa share ke saya untuk penelitian.
dan refrensi blajar tambah ilmu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails