Sunday, July 25, 2010

Lagi Artis Ditahan Kerana Dadah. Masalah Belum Selesai

Yassin Ditahan Positif Dadah

SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.

Yassin,32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

"Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

"Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dadah di kalangan artis, masih belum jumpa jalan selesai? kembalilah kepada penyelesaian Islam.

5 comments:

Anonymous said...

Al fatihah

ibu pada yb hilmi(adun teluk bahang)telah kembali kerahmatullah petang semalam

Anonymous said...

Secara ringkas majoriti artis bukan orang yang mengamalkan Islam.
Lebih teruk lagi ramai yang menghina Islam dengan mendedahkan aurat dan mempermainkan hukum Islam.
Sebagai contoh Umi yang bernikah dengan bekas pemfitnah Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat I tahun 99 dulu.
Tolong jangan bagi ruang dan sebarang coverage kepada golongan yang menjadi talibarut gerakan Zionis dari terus mendominasi pemikiran umat Islam di Malaysia.
Saya tidak nafikan orang macam Yasin yang bertutur Bahasa Arab dengan ahli keluargana dan membesar di Madinah adalh kes terpencil.
Kalau Sharifah Aini yang bangga dengan anak tunggalnya sebagai murid dan graduan Universiti Madinah sendiri menjatuhkan maruah anaknya sendiri. Apa lagi yang tidak mempunyai asa pengetahuan dan latar belakang ISlam seperti Sharifah Aini ini.

Ibnu Hasyim said...

Takziah kepada bekas ADUN Telok Bahang. Alfatihah.

Ibnu Hasyim said...

Takziah kepada bekas ADUN Telok Bahang

Ibnu Hasyim said...

Takziah kepada bekas ADUN Telok B.ahang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails