Sunday, June 06, 2010

HAMAS Bukan Pengganas -PM Turki

Gambar: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan


ANKARA, JUN 6, 10: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mempertahankan Hamas sebagai kumpulan pejuang Islam Palestin ketika warganya yang terbunuh dalam serangan ganas Israel dikebumikan, semalam.

“Anggota Hamas adalah pejuang yang bertungkus-lumus mempertahankan negara.

“Mereka juga dipilih rakyat melalui pilihan raya,” katanya di bandar Konya.

Ucapannya sering terhenti akibat mendapat sorakan hangat orang ramai yang turut mengibarkan bendera Palestin. Recep berkata, beliau menyatakan pendirian itu kepada pegawai AS sebelum ini.

“Saya katakan kepada mereka, saya tidak boleh menerima Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

“Sehingga kini saya kekal dengan pendirian itu,” katanya.

Sementara itu, ribuan orang berkumpul di seluruh Turki selepas solat Jumaat kelmarin, termasuk sebahagiannya bagi mengiringi jenazah sembilan warga Turki yang terkorban ditembak komando Israel pada Isnin lalu. Recep turut mengkritik Barat kerana menafikan hak Hamas untuk bergerak melalui landasan demokrasi.

Sementara itu, duta Turki ke Washington, Namik Tan, melahirkan kekecewaannya kerana AS gagal mengecam Israel kerana serangan ganas ke atas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.

“Kerajaan menghargai campur tangan Washington mendesak Tel Aviv memulangkan semula aktivis Turki yang ditahan, tetapi tiada satu kecaman pun dibuat di mana-mana peringkat.

“AS sepatutnya pihak pertama yang mengutuk serangan berkenaan,” katanya. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hanya talibarut (barua) AS dan Zionis sahaja menganggap HAMAS dan yang sekutu dengannya sebagai pengganas atau teroris. Terutamanya di Malaysia ini, masih ramai lagi yang tidak faham atau pura-pura tidak faham. Beranikah kerajaan Malaysia buat kenyataan seperti PM Turki itu?

2 comments:

Anonymous said...

depa sembang saja... kena biarkan sukarelawan buat?

kenapa bukan atas nama kerajaan

Anonymous said...

Pemerintah negara, sudahkah mereka?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails