Saturday, March 27, 2010

Nik Aziz Redha Ketepi, Gantinya Dr Haron Atau Tuan Ibrahim..

Tuan Guru Nik Aziz

KOTA BARU, Mac27, 10: BERNAMA hari ini melaporkan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan “rasa bahagia” jika Majlis Syura yang bermesyuarat Isnin ini tidak melantiknya semula sebagai Mursyidul Am PAS.

Katanya beliau tidak kisah jika orang lain dilantik menyandang jawatan tersebut kerana seringkali meminta timbalannya menjadi wakil dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan. Nik Aziz mengakui rekod buruknya kerana banyak tidak menghadiri majlis-majlis rasmi membabitkan peringkat pusat parti itu.

“Banyak saya tidak hadir, rekod kehadiran saya pun buruk di pusat.

“Jadi ketika mesyuarat banyak diwakilkan kepada timbalan saya, Datuk Dr Haron Din.

“Jadi saya rasa bahagia kalau orang ketepikan saya, kerana burukkan rekod saya sendiri,” jelas Menteri Besar Kelantan ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak akan menolak sekiranya beliau terus dilantik kembali untuk menduduki kerusi jawatan tertinggi parti itu.

“Kalau dicalonkan balik, terimalah... apa boleh buat. Tapi saya banyak tak hadir sebelum-sebelum ini.

“Kalau penting sangat, orang telefon berkali-kali baru saya hadir,” katanya.

Menjawab calon bakal penggantinya sekira tidak dipilih, Nik Aziz tidak menafikan kemampuan pimpinan PAS lain untuk menggantikan tempatnya. “Dalam PAS sekarang makin ramai orang yang berkebolehan,” ujarnya.

Mesyuarat Selasa lalu telah melantik semula beliau sebagai lima anggota Majlis Syura. Majlis itu akan bermesyuarat Isnin ini dengan kuorum penuh untuk menentukan Mursyidul Am bagi tempoh lima tahun akan datang.

Dalam pada itu, Nik Aziz menyokong cadangan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda prinsip pertama Rukun Negara daripada “Kepercayaan Kepada Tuhan” kepada “Kepercayaan Kepada Allah”. Rasional Nik Aziz terhadap cadangan itu antaranya boleh menamatkan kekeliruan di kalangan masyarakat dalam persoalan kalimah Allah dan Tuhan.

“Betul... betul... ya, sebut Tuhan... Tuhan, kubur keramat pun orang panggil Tuhan juga, berhala orang panggil Tuhan, banyak lagi Tuhan ini kan?

“Jadi kita kena tentu mana yang sebenar. Malaysia tak menetukan siapa Tuhan.

“Macam orang Melayu Malaysia ini pun tak tahu lagi Allah ke Tuhan, atau kubur keramat, tak boleh... perlu diketatkan Tuhan yang sebenar,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra Bersama NGO-NGO Warga Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Bahagia diketepikan', 'tidak menolak' kalau dilantik. Ertinya redha terima apa saja. Ada juga orang sebut-sebut, yang lebih dekat untuk menggantikannya ialah antara Dr Haron Din atau Tuan Ibrahim Tuan Man. Wallahu 'aklam.(IH)

Lihat kaitan..

4 comments:

Anonymous said...

subhanallah pemimpin islam

i luve ulmamak~

Anonymous said...

comelnya akhlak pimpinan..contohi la..jika sampai waktu kena berundur bukan bermakna bersara..tu la hakikat pusingan hidup.

MC_Shaharul said...

kesian kt mamat anon tue yer...aphal eh dia tue...

Anonymous said...

Saya nampak 2 perkara saja tentang nik najis ini: lebih cepat beliau bersara dari politik adalah lebih baik:-

i) Kuranglah sikit dosa beliau yang sudah terjebak dalam kancah noda dan dosa politik selama 40 tahun
ii) Peluang untuk sesama Melayu/ Islam dinegara ini bersatupadu.

Jimizul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails