Saturday, March 27, 2010

Misteri, Remaja Pintar Hilang, Dilarikan Orang tertentu..

Halimaton Abdul Rashid
Halimaton Abdul Rashid

SUNGAI PETANI, MAC27,10: Seorang remaja perempuan pintar yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, di sini, empat hari lalu, dipercayai dilarikan orang tidak dikenali.

Halimaton Abdul Rashid, 15, murid Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), Baling, disedari hilang oleh kakaknya, Hamiza, 23, pada jam 6.45 petang Isnin lalu selepas pulang dari berkerja.

“Sebelum keluar rumah untuk ke tempat kerja pada pagi itu, saya sempat membelikannya dua bungkus nasi lemak dan ketika itu Halimaton sedang bersiap untuk ke sekolah. “Sebaik pulang ke rumah pada petangnya, saya dapati pintu biliknya terbuka, tetapi dia tiada. Keadaan dalam biliknya berselerak seperti diselongkar, manakala nasi lemak yang saya beli bertaburan atas lantai.

“Saya tunggu hingga malam, tetapi dia tidak pulang. Puas saya mencari di sekitar bandar ini, tetapi tidak menemuinya,” katanya ketika ditemui semalam.

Hamiza berkata, beliau kemudian menelefon ibu yang tinggal di Kupang, Baling, tetapi dimaklumkan Halimaton tidak ke sana.

Beliau bertambah bimbang apabila pihak sekolah memaklumkan adiknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.
Hamiza bimbang Halimaton dilarikan atau dipaksa mengikut orang tidak dikenali berdasarkan keadaan biliknya yang berselerak.

“Saya hairan kerana jika melarikan diri dari rumah, mengapa telefon bimbit tidak dibawa bersama, sebaliknya hanya membawa kad pengenalan dan buku bank. Malah, semua pakaiannya tidak dibawa dan kami tidak pernah berselisih faham,” katanya.

Beliau berkata, Halimaton yang menghadapi masalah rabun adalah murid yang cerdik, selain menjadi pengawas di sekolah.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai Halimaton boleh menghubunginya di talian 012-5147071 atau mana-mana balai polis.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan kes selepas menerima laporan kehilangan Halimaton.

Katanya, kes disenaraikan sebagai orang hilang dan gambarnya sudah diedarkan ke balai polis di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai membantu mengesan mangsa.

“Kita masih menyiasat kes, termasuk kemungkinan dia dilarikan orang tertentu berdasarkan laporan kakak mangsa yang mengatakan ada kesan berselerak di rumahnya pada hari kehilangan Halimaton,” katanya. (Berita Harian Online/AK)

3 comments:

ahmed said...

Sebelum keluar rumah untuk ke tempat kerja pada pagi itu, saya sempat membelikannya dua bungkus nasi lemak dan ketika itu Halimaton sedang bersiap untuk ke sekolah. “Sebaik pulang ke rumah pada petangnya, saya dapati pintu biliknya terbuka, tetapi dia tiada. Keadaan dalam biliknya berselerak seperti diselongkar, manakala nasi lemak yang saya beli bertaburan atas lantai.

ali said...

Kita masih menyiasat kes, termasuk kemungkinan dia dilarikan orang tertentu berdasarkan laporan kakak mangsa yang mengatakan ada kesan berselerak di rumahnya pada hari kehilangan Halimaton,” katanya. (Berita Harian Online/AK)

zaid said...

Katanya, kes disenaraikan sebagai orang hilang dan gambarnya sudah diedarkan ke balai polis di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai membantu mengesan mangsa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails