Saturday, March 27, 2010

Benjy: Mengapa Ditahan Semula Setelah Dibebaskan?

HALAMAN HIBURAN

PUTRAJAYA: Kes membabitkan pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, yang ditahan semula untuk siasatan lanjut, membabitkan dadah jenis sintetik, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan memberi tumpuan yang serius dalam menangani dadah jenis itu kerana pengambilannya, walaupun sekali, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi penagih dadah.

Katanya begitu juga kes yang membabitkan seorang bekas pemain sepak takraw wanita kebangsaan.

"Saya dah maklumkan awal dulu, kita dalam konteks dadah sintetik ini, perlu menanganinya dengan kesungguhan luar biasa.

"Ini kerana pengambilan dadah jenis itu walaupun sekali sahaja, boleh menyebabkan menjadi penagih dadah. Kedua, tiada jalan untuk pemulihan dan ketiganya, ia mudah dibawa ke mana-mana," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan ibu artis itu, dramatis dan pelakon terkenal, Azean Irdawaty bahawa pihak polis tidak menjelaskan lebih terperinci berhubung penahanan semula anaknya itu.

Benjy ditahan semula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1952) selepas dua jam dibebaskan.

Dia sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu.

Sebaik menjelaskan wang ikat jamin, Benjy ditahan polis di luar pejabat kaunter pembayaran jaminan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.

Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan berhubung kes itu.

"Saya dah minta laporan kes itu dan belum menerimanya, tetapi bila dah dapat laporan itu, kita akan maklumkan apa sebenarnya yang berlaku. Saya pun nak tahu," katanya. (Sedutan dari BERNAMA)

3 comments:

Anonymous said...

kes pelik ni.
masa tangkap, polis kata, benjy ada makmal proses dadah...
bila kat mahkamah, tuduhan cuma memiliki 0.294 gm syabu...
org lain kena tahan miliki syabu kat kelab malam, boleh jamin, lepas je..

yg heran nya, mana pergi cerita makmal proses dadah tu?

antimisailebat_jijik! said...

tak pelik aih...cerita apa pun skang ni boleh diU-TURNkan, diSPIN kan, ditambah perisa, diputarbelitkan dan macam2 lagi...Tunggu dan lihat saja keputusan kes ni 10 tahun lagi...

Anonymous said...

tak ada heran nya...cuma, polis rasanya tak boleh nak bawa kes tersebut ke mahkamah (dlm konteks memiliki dadah yg lbh banyak) kerana kelemahan kes tersebut nanti di mahkamah. dan tuduhan memiliki 0.294 gm pun telah di benarkan jamin. kalau tak salah saya, selepas tempoh tahanan 60 hari...samada benjy akan di bebaskan atau, di kenakan tahanan kediaman terhad (buang daerah) atau di hantar ke penjara di simpang renggam, johor..(di mana hard core criminal eg. gengster, pengedar2 yg terlibat tetapi kekurangan/kelemahan bukti untuk di dakwa di tempatkan.)yg terbaik ialah jika beliau di bebaskan jika pihak KDN berpuas-hati yg benjy tidak akan terlibat lagi. perlu di ingat,untuk mendapatkan perintah tahan 60 hari itu pun bukan mudah bagi polis..(jgn salah paham...saya bukan polis. kekadang hangin gak dgn polis)...dan mereka perlu buat representasi kepada KDN dan yg sign pun setidak2nya Timbalan Menteri. yg kedua terbaik bagi benjy ialah...tahanan terhad...setidak2nya dia ada gak kehidupan walau di hantar kemana2 ceruk. kat malaysia di zaman internet nih, mana lagi ada istilah 'kampung'. tapi, kalau kena hantar ke simpang renggam...SAKIT beb...jarang yg keluar jadi elok...tambah jahat lagi ada....Apa pun, simpati saya kepada seniwati azean sekeluarga dan isteri serta anak benjy...JUGA..kepada ribuan ibu2 dan isteri2 serta anak2 di luar sana....renung2kan lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails