Tuesday, May 31, 2022

Syabas MCA! Teruskan ke arah mewakili kaum Cina se M'sia.


Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Siow Koi Voon

PRU15: MCA Negeri Sembilan dijangka tanding di semua kerusi tradisi

SEREMBAN: MCA dijangka kekal bertanding di semua kerusi tradisi parti itu di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi MCA negeri, Siow Koi Voon, berkata ia membabitkan dua kerusi Parlimen, iaitu Seremban dan Rasah, serta 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setakat ini, beliau berkata, tiada sebarang perubahan berhubung kedudukan kerusi yang akan ditandingi MCA di Negeri Sembilan, sebagaimana dijelaskan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini.

"Segala gerak kerja MCA negeri sudah ditumpukan kepada kerusi tradisi yang akan kami tandingi pada PRU15 seperti sebelum ini.

"Kami sedang bergerak aktif dengan memfokus kepada kerusi Parlimen Seremban dan Rasah serta 10 DUN. Semua kerusi terbabit ditandingi MCA sebelum ini.

"Setakat hari ini, tiada sebarang perubahan mengenainya. Namun, sebarang pengagihan dan penentuan bagi semua kerusi berkenaan akan diputuskan oleh kepimpinan atasan, bukan peringkat negeri atau bahagian," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, timbul desakan sesetengah pihak agar UMNO diberi peluang bertanding kerusi Parlimen Seremban berdasarkan dakwaan bahawa berlaku peningkatan bilangan pengundi Melayu di kawasan itu.

Mengulas mengenai calon pula, Koi Voon berkata, mereka sudah dikenal pasti dan senarai nama juga telah dikemukakan kepada kepemimpinan pusat untuk diputuskan.

Beliau berkata, MCA Negeri Sembilan akan terus berpadu tenaga dengan rakan lain dalam BN untuk merampas kembali pemerintahan kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 nanti.

Untuk rekod, calon MCA tewas di semua kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU14. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas MCA, teruskan dan kembangkan ke seluruh Malaysia. Parti radkal dan perkauman DAP sudah mula ditolak rakyat, MCA layak mengambil alih mewakili kaum Cina di Malaysia. 

Tinggalkan yang buruk-buruk pada DAP, buka buku baru ke arah kesesuaian masyarakat majmuk Malaysia, sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan. Ke arah mewakili dan pepaduan kaum Cina negara ini.


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Majoriti pengundi ialah melayu. Bodohnya umno bagi kat mca.

Anonymous said...

Umno kena bawa dimensi baru. Tidak tunduk pada penjajah. Tidak tunduk pada mca. Tidak tunduk pada hawa nafsu. Buang budaya rasuah. Buang budaya cakap tak serupa bikin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails