Tuesday, May 31, 2022

Mundur, ladang solar terapung. Kaya, P/Pg-S'gor buat apa?

 

Ladang solar terapung Kelantan terbesar Asia Tenggara?

MUNDUR dan tiada kemajuan adalah propaganda prejudis bagi yang hatinya sakit. Apabila pencapaian projek solar ini memberi citra yang mengujakan. Orang yang hati sakit akan berat untuk menerima kenyataan ini.

“Danau To’ Uban, Kelantan, Ladang Solar Terapung Terbesar Asia Tenggara” – demikian tajuk laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), April 2021.

Kerana sakit hati dengan kenyataan itu, maka bermula pula irama mengungkap keraguan seolah-olah mempersoalkan apa sahaja yang dibuat di Kelantan itu tak kena. Pelbagai soalan-soalan yang kelihatan macam cerdik timbul dan muncul. Tak tahulah apa niat sebenar atas soalan yang ditanya. Cuma dua berikut antara beberapa soalan yang sering ditanya:

1. Apakah kesan segera dan langsung terhadap projek ini untuk rakyat?

2. Kenapa nak buat projek ini dulu sedangkan masalah air tak selesai?

Apapun kita tetap cuba jawab dengan baik. Sebab, jawab la macam mana pun. Kalau orang yang ada niat tak baik, argumen untuk mempertikaikan akan sentiasa ada. Memang itu dah tujuan hidup orang yang sedemikian, apa boleh kita buat.

Bagi soalan satu, sebenarnya YB Exco, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail telah memberi jawapan pada awal bulan baru ni. Cuma mungkin jawapan YB Exco itu tak lalu di newsfeed Facebook atau tak masuk group WhatsApp yang si penanya berada. Lalu, nak mudah dia tanya saja la, kat mana dia rasa nak tanya.

Pertama sekali kena faham, projek Ladang Solar Danau To’ Uban ini adalah sebahagian daripada puluhan projek yang mendapat suntikan dana Tabung Tenaga Boleh Baharu melalui program Feed in Tariff di bawah Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia.

Bermakna tenaga elektrik yang dihasilkan daripada ladang solar ini dapat dijual masuk ke dalam grid TNB. Satu syarikat khas bawah TNB iaitu TNB Renewable Energy (TNBRE) bertanggungjawab untuk melakukan cerapan bagi menentukan had penghasilan yang dibenarkan bagi menampung keperluan kawasan berdekatan.

Melalui insentif SEDA inilah harga subsidi diberikan oleh pemilik ladang solar dan dapat mengaut hasil jualan tenaga yang wajib dijual kepada TNB. Hasil keuntungan inilah yang dimaksudkan oleh YB Exco akan digunakan untuk memberi dana kepada rakyat melalui aktiviti perikanan dan pelancongan di sekitar Danau To’ Uban. 

Pada hemat saya, aturan begini adalah model yang mampan untuk sosial, ekonomi dan alam sekitar. Pendekatan sebegini akan meningkatkan pertumbuhan aktiviti ekonomi berasaskan identiti rakyat. Ini menjawab soalan pertama. Saya berpandangan idea sebegini jauh lebih bagus berbanding idea memberi elektrik percuma kepada rakyat.

Memberi percuma ini dalam keadaan tertentu akan memberi motivasi yang salah untuk perubahan daya berdikari untuk rakyat. Orang selalu sebut, beri kail dan bukannya beri ikan berkali-kali. Jadi, Kerajaan Negeri Kelantan dah aplikasi hal ini, bukan sekadar bual kosong. Kita harap pendekatan memandai dan mengangkat daya berdikari terus dipraktikkan di bahagian lain untuk negeri Kelantan. 

Bagi soalan kedua, yang mana kita faham sebahagian pihak ingin mengajar-ngajar soal menyusun keutamaan. Cuma sayang, mereka masih belum faham soal konsep punca kuasa dan bidang kuasa yang menjadi penentu terhadap penyediaan dana. 

Seperti yang telah dijelaskan tadi, dana untuk projek solar ini adalah daripada tabung Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang dikutip oleh kerajaan 1.6 peratus daripada seluruh akaun pengguna elektrik di Malaysia. Kalau masih belum perasan, boleh semak bil elektrik masing-masing. Jadi inilah punca dana dan mempunyai tujuan tersendiri.

Kalau dah nama dana KWTBB, takkan la nak suka-suka kerajaan negeri nak alih dana ini untuk tukar paip air yang lama bagi meningkatkan NRW (air tak terhasil) pula. Bahkan, kelulusan pun takkan dapat kalau memandai-mandai nak gunakan dana tanpa ikut tujuan yang dibolehkan.

Dana yang turun tertakluk pada syarat-syarat yang SEDA telah tetapkan. Bahkan selain itu, ada orang pertikai kenapa dana daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) beri keutamaan pada TAPS sedangkan yang lebih penting tukar paip lama dulu dan akhirnya NRW boleh dikurangkan. Kenapa nak agih peruntukan untuk TAPS dulu. 

Maka, jawapannya tetap sama. Setiap inisiatif yang dibuat walaupun di bawah satu kementerian, terdapat peruntukkan TAPS bagi setiap negeri dan ada peruntukan untuk program penurunan NRW (seperti aktiviti penukaran paip lama). Punca kuasa hampir sama, tujuan pula tak sama pun dah jadi lain

Kesimpulannya, dana untuk projek yang menyelesaikan masalah rakyat sama ada di negeri atau Persekutuan ada punca kuasa, bidangkuasa, aturan dan tujuan tersendiri. Jadi apabila saya melihat komen-komen yang mengajar-ngajar soal prioriti atau keutamaan kepada kita tu, maka sahlah bahawa orang itu tak faham soal tadbir urus. 

Namun, bagi orang yang tahap pernah jadi Exco Kerajaan Negeri lalu masih mempertikaikan dengan naratif yang sama, saya fikir orang itu mengada-ngada atau orang Kelate panggil ‘pelawok’. 

Beliau seolah-olah merendahkan darjat pengalaman beliau semata-mata untuk bermain politik bagi memanipulasi pengikut-pengikut yang tak tahu apa-apa. 

Ya, memang kita tak boleh belah dada orang sedemikian untuk mengetahui isi hati mereka. Namun, kalau yang pelawok, tetap pelawok. Akhirnya, petunjuk-petunjuk dengan ilmu dan pengalaman dalam sesuatu perkara, kita boleh kenal, siapa benar-benar tak tahu, tak cerdik atau pelawok sejati!

ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre
31 Mei 2022 – HARAKAHDAILY 31/5/2022

P/S : Dua artikel sebelum ini perlu dibaca untuk lebih faham perbincangan dalam tulisan ini

  1. https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/24/kelantan-komited-bangunkan-tenaga-boleh-baharu/
  2. https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/12/air-banyak-di-kelantan-bagaimana-tempat-simpannya/
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon Kelantan negeri mundur, tapi boleh bina ladang solar terapung, terbesar di Asia Tenggara(?) untuk rakyat. Pulau Pinang-Selangor negeri kaya, dalam keadaan sekarang buat apa? Pulau Pinang masih ramai rakyat miskin berbagai kaum di bandar, DAP buat apa? Nelayan dizalimi, busuk tahi babi pun tak selesai..

Lihat juga..

Tolak DAP dalam PRU 15 akan datang.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Pas mesti terus maju. Kaya pun ibadah bila tuntutan zakat dipenuhi.

Berniaga pun ibadah, bila barangannya halal. Bila tiada penipuan. Bila tidak ambil untung berlebihan. Bila tiada arak, babi, dagangan bersih lagi suci.

Politik pun ibadah, bila tiada fitnah. Bila kuasa diguna dengan betul. Bila undi tidak dibeli dengan wang ringgit.

Politik persepsi verses politik bersyariah. Politik liberal verses politik Islam. Punya ilmu Islam, politiknya cenderung Islamik. Tidak punya ilmu Islam, politiknya boleh apa saja. Liberal boleh. Sekular boleh. Komunis boleh. Sosialis boleh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails