Monday, February 07, 2022

Thai lancar restoran nasi/kari subsidi, M'sia boleh begitu? ..&buaya!

 

1. Thai lancar restoran, nasi/kari bersubsidi bantu rakyat.

BANGKOK: Seorang menteri dan bekas Ahli Parlimen melancarkan restoran menawarkan nasi dan kari berharga 20 baht (RM2.50) semalam, dalam usaha meringankan bebas kos sara hidup rakyat.

Menteri Pertanian dan Koperasi, Chalermchai Sreeon serta bekas Ahli Parlimen Bangkok, Chanin Rungsang, memulakan program itu dalam kalangan masyarakat di Suan Prok di daerah Bang Phlat, Bangkok.

Kedai makanan seumpamanya akan dimulakan dalam kalangan masyarakat di serata ibu negara, dengan bantuan Yayasan Ruam Duay Chuai Kan Sam Nuek Rak Ban Kerd, Kementerian Perdagangan dan jaringan sektor swasta.

Kata Chanin, nasi dengan kuah kari adalah makanan penting bagi penduduk bandar dan harga yang ditetapkan mencerminkan keadaan ekonomi semasa negara.

"Justeru, kami kurangkan kos pengeluaran pengusaha restoran untuk gas, bahan mentah dan penghantaran bagi membolehkan harga makanan setiap hidangan nasi dan kari dikurangkan kepada 20 baht.

"Sekurang-kurangnya sebuah restoran menawarkan makanan pada harga 20 baht akan diwujudkan di setiap kejiranan.

"Dalam pada itu, Kementerian Pertanian dan Koperasi turut mengedarkan benih sayuran kepada penduduk setempat untuk ditanam bagi kegunaan sendiri," katanya.

Beliau turut mempelawa mereka yang berminat membuka restoran seumpamanya untuk menghubungi Jabatan Perdagangan Dalam Negeri. - AGENSI 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia, mampukah buat begini?


2. Permintaan daging buaya meningkat di Thailand

BANGKOK: Permintaan daging buaya melonjak di Thailand ekoran harga daging bagi terus meningkat kerana kekurangan bekalan, berpunca penularan demam babi Afrika di negara itu.

Kekurangan daging babi yang menjadi bahagian penting terutama sumber protin pilihan utama pemakanan penduduk negara itu, dijangka bertahan untuk beberapa bulan.

Susulan itu, Perdana Menteri Thailand, Praytuh Chan-ocha, minggu lalu mengarahkan agensi kerajaan untuk menangani isu bekalan makanan dan lonjakan harga dengan segera.

Perkara itu begitu mustahak untuk beliau kerana Pilihan Raya Umum (PRU) di negara itu dijangka akan berlangsung pada Mac tahun depan.

"Banyak vendor makanan dan restoran datang kepada saya, memohon untuk membeli daging buaya," kata pemilik kandang buaya, Wichai Roogtaweechai.

Roogtaweechai yang berusia 65 tahun menjalankan operasi kandang di ladang seluas tiga hektar yang mempunyai 10,000 ekor buaya di wilayah Nakhon Pathom, 60 kilometer (km) di barat Bangkok.

Sehingga kini, ladang itu kebanyakannya menjual kulit buaya kepada penggiat industri fesyen dan menjual daging yang dilapah untuk pasaran eksport, termasuk restoran yang menghidangkan daging eksotik.

Bagaimanapun, pada beberapa minggu lalu, daging buaya yang dibekalkan oleh beliau meningkat mendadak melebihi 100 kg sehari, berbanding sekitar 20 kg sehari sebelumnya.

Katanya, seekor buaya boleh menghasilkan sekitar 50 kg daging.

Susulan apa yang berlaku di negara itu, ramai pelanggan datang ke ladangnya boleh dikatakan hampir setiap hari.

Menurut Roogtaweechai, buat pertama kalinya, ada pemilik kedai mi dari Bangkok membeli daging buaya daripadanya sebagai alternatif lain menggantikan daging babi.

Harga daging babi meningkat antara 80 baht (RM10) dan 190 baht (RM24) bagi sekilogram dari kira-kira 50 baht (RM6) hingga 100 baht (RM12) sebelum ini.

Bahagian daging buaya paling mahal adalah pada ekornya kerana mempunyai tekstur yang lembut, kenyal dan rendah lemak. - AGENSI


6 comments:

Anonymous said...

Nak HARAP MP KERA JAAN? GOYANG KAKI MKN GAJI BUTO ADA LAA HAHAHAAA
HIDUP UMNOOOOOOOOOOOOOOOO

Anonymous said...

Kerja untuk kaya.

Anonymous said...

Apa citer pasal saksi utama kes torwong tokong yang jatuh dari bangunan. Pulis dah umum ka blom hasil siasatan kes bunuh saksi utama ini..!?

Lim didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Daripada jumlah tersebut, pemindahan masing-masing melibatkan tanah bernombor LOT 702 dan 713 digunakan bagi membayar Kos Kebolehlaksanaan melibatkan tiga jalan utama sebanyak RM31,269,325.

Guan Eng dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Seorang ahli perniagaan terkenal yang meninggal dunia selepas terjatuh dari kondominium di Pulau Pinang adalah saksi utama dalam kes rasuah projek terowong dasar laut bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng, kata sumber.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, lelaki berusia.

Dah masuk tahun 2022 Saksi Penting Kes Rasuah Yang Mati Jatuh Kondo Di P Pinang Masih Belum Tahu Siapa Punya Angkara ?? Siasatan Polis sudah sampai mana..!? Tak kan tiba tiba senyap pekak dan bisu ..!!

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Anonymous said...

Udah2 le.

X de bukti.

Klau x, dah lama diheretnya geng dap masuk penjara

Anonymous said...

Pemimpin Indon akan buka nusantara. Maknanya negara mereka ada duit.

Negara pimpinan be end p end??? Ada???

Itupun nak sokong lagi. Gila

Anonymous said...

Di Malaysia. Rakyat kena keluar kwsp sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails