Sunday, February 06, 2022

Perkasa Pendidikan Islam bentuk modal insan

 

LAHAD DATU: Pendidikan Islam mesti diperkasakan untuk membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat Muslim terutamanya, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad.

Perkara tersebut dinyatakan beliau semasa pertemuan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini yang dimaklumkannya semula dalam Liqa’ Fikri PAS Sabah di Lahad Datu, di sini kelmarin.

“Kita mencadangkan ditubuhkan pondok turath yang bersistematik dengan meletakkan nilai tambah iaitu ilmu pengurusan dan ilmu perdagangan.

“Ini bagi memastikan individu yang akan menggantikan orang agama itu seorang yang faham ilmu pengurusan,” ujarnya lagi.

Menurutnya, anak-anak Sabah yang berpotensi untuk dijadikan ulamak tersohor perlu diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan diberi pembiayaan biasiswa.

“Kementerian bersedia untuk bantu dalam menjayakan matlamat ini.
Hanya dengan pendidikan saja dapat meneruskan legasi terbaik dan akan mampu merubah kedudukan ekonomi sosial masyarakat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pada pertemuan dengan Hajiji itu, beliau telah menyerahkan replika cek peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah berjumlah RM58.54 juta bagi hal ehwal Islam di negeri ini. – HARAKAHDAILY 1/2/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Blog ini membuka ruang untuk berbincang mengenai kerjasama peluang berniaga "Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo."

Mengenai ternak dan eksport belut, pihak kami sedang mengumpukan maklumat penternakan (budi daya) samada untuk eksport ke China, Jepun, Malaysia atau lain-lain negara.

Melalui telefon sila hubungi 
Ibnu Hasyim (Malaysia 011 33111321).
Sekian.

Lihat sebelum ini.. 
Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

1 comment:

Anonymous said...

KE ARAH ARAK SIFAR.. AMIN

Timbalan Mufti Perak, Datuk Dr Haji Zamri Hashim berkata, usaha menyifarkan pengambilan arak di negara ini adalah satu tindakan yang amat sukar dilakukan dan memerlukan kepada gelombang besar daripada rakyat sendiri untuk menolaknya.

Beliau berkata, bahkan di dalam al-Quran telah dinyatakan bahawa proses mengharamkan arak berlaku dalam tiga fasa.

Katanya, meskipun ia sudah diharamkan secara sepenuhnya namun realitinya, masih ada yang meminumnya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperhalusi dan meminda undang-undang berkenaan arak agar penjualannya di kawasan penempatan majoriti Islam dikawal.

Gesaan itu dinyatakan gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang melihat keadaan semasa lebih banyak membawa kepada kemudaratan, kerosakan sosial, moral dan kematian akibat pengambilan arak yang tidak dikawal.

Naib Presiden ISMA, Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi berkata, undang-undang sedia ada sudah terlalu lama dan perlu digubal mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Sebanyak 11 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebulat suara menggesa semua pihak membuka mata dalam membanteras budaya pengambilan arak yang mampu memusnahkan negara.

NGO berkenaan terdiri Pertubuhan- Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), Malaysia Allieance of Civil Society Organisation (MACSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Selain itu, turut terlibat sama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN)

Wakil ACCIN, Ir Mohd Jamaludin menyifatkan, masalah arak perlu ditangani terutama pihak berkuasa dalam menjaga keharmonian dan kemakmuran negara.

Ke arah arak sifar ini akan dapat tentangan dari ngo ngo seperti COMANGO dan G25 dan seangkatan dengan puak liberal dan plural termasuk puak Syiah yang banyak berkumpul dalam PAN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails