Friday, February 11, 2022

Khairuddin digugurkan jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS

 

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. - Foto fail NSTP

MARANG: Tidak sampai sebulan digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pengguguran jawatan Mohd Khairuddin itu berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS berikutan masalah disiplin bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

"Oleh kerana pelantikan beliau (Mohd Khairuddin) (dalam) Majlis Syura (Ulama) oleh Jawatankuasa PAS Pusat, maka PAS Pusat membatalkan perlantikan itu.

"(Beliau) tak jadi Ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti Ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura.

"Beliau sekarang hanya ahli biasa dan pemecatan dibuat kerana masalah disiplin dan kita akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan itu," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

..

1 comment:

Anonymous said...

Itulah kelebihan yang ada pada pas. Boleh singkir pemimpin yang bermasalah. Kerana ada pemimpin lain yang layak menggantikan tempat itu.

Tapi kalau dalam parti kris, parti liberal, parti kuali, parti legasi komunis, parti womenizer, parti pujawang, masalah besar kalau singkir pemimpin. Kerana yang layak disingkir sangat ramai. Termasuk yang layak disingkir adalah pemimpin utama parti.

Walau bagaimanapun, pemimpin pas yang tersingkir itu, jauh lebih baik akhlaq banding pemimpin yang pegang jawatan dalam parti parti yang disebutkan tadi. Parti kris ada kes 47 kes, parti liberal dengan kes yang sinonim dengan kaum sodom. Parti legasi komunis paling rencam. Rasuah ada, rogol ada, dadah ada, perkauman ada, mabuk ada, judi ada, busy body ada.

Cukup cukuplah memburuk burukkan orang lain. Kata jemin cermin muka dulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails