Friday, February 11, 2022

Lagi berhijab di kelas, Pemenang Novel Keamanan bersuara...

 

Isu larangan berhijab pelajar kolej di India: Malala bersuara

BANGALORE: Pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Malala Yousafzai telah bersuara menyokong enam pelajar perempuan sebuah kolej di India yang memperjuangkan hak mereka untuk memakai tudung di dalam kelas.

Enam pelajar wanita Islam terbabit telah mengadakan protes di Karnataka selama berminggu-minggu, menarik perhatian kepada larangan sebuah kolej terhadap pemakaian tudung, yang disifatkan oleh Malala sebagai suatu tindakan yang ‘mengerikan’.

Kontroversi tersebut telah mencetuskan ketegangan agama di negeri itu, dengan pertempuran dilaporkan tercetus yang mengakibatkan kolej berkenaan telah ditutup selama tiga hari.

Pertikaian itu juga telah menjadi tajuk utama negara di India, dan kini telah mendapat perhatian mahkamah tinggi negeri itu.

Petisyen dengan mahkamah yang difailkan oleh salah seorang pelajar terbabit berhujah bahawa memakai tudung adalah hak asasi agama yang dijamin oleh perlembagaan.

Malala yang kini menetap di Birmingham, England melalui Twitternya pada Selasa (8 Feb) menggesa pemimpin di India untuk melakukan sesuatu untuk ‘menghentikan diskriminasi terhadap golongan wanita Islam di negara itu.

“Melarang pelajar wanita yang berhijab ke kolej adalah sesuatu yang mengerikan,” tweet aktivis berusia 24 tahun itu.

Enam remaja perempuan tersebut memulakan protes selepas mereka dilarang oleh pihak pengurusan daripada memakai tudung di dalam kelas di kolej prauniversiti yang setara dengan sekolah menengah tinggi dikendalikan oleh kerajaan negeri Karnataka.

Isu itu telah merebak ke kolej-kolej lain di Karnataka, apabila video tular menunjukkan pintu kolej berkenaan ditutup terhadap sekumpulan wanita muda berhijab menyebabkan kemarahan dalam kalangan orang awam.

Namun, menurut laporan media tempatan, ia juga telah menyebabkan penganut fanatik agama Hindu menyokong larangan berkenaan sehinggakan pada pada Selasa, pertempuran antara kedua-dua pihak yang bertelagah pandangan itu dipercayai telah menyebabkan sejumlah individu mengalami cedera.

Ketua Menteri Karnataka, Basavaraj Bommai mengeluarkan arahan menutup kolej tersebut selama tiga hari, dan merayu semua pelajar, guru dan pengurusan sekolah dan kolej serta penduduk Karnataka mengekalkan keamanan dan keharmonian. – BBC News

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes ini juga adalah lanjutan dari siri keganasan Islamfobia di barat. Harap maklum.

Lihat sebelum ini.. Ketegangan di India hanya kerana gadis Muslim ke k...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails