Tuesday, January 04, 2022

Wanita menipu untuk terima bantuan banjir.

 

Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya adalah mangsa banjir bagi mendapatkan bantuan yang disalurkan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan di Mentakab, Temerloh baru-baru ini. -Gambar fail/Bernama

KUANTAN: Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya adalah mangsa banjir bagi mendapatkan bantuan yang disalurkan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan di Mentakab, Temerloh baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek berumur 33 tahun itu didakwa membuat permohonan bantuan banjir yang disampaikan sebuah NGO di pusat pemindahan sementara (PPS) di Temerloh pada 29 Dis lepas.
"Suspek mendakwa dirinya berstatus ibu tunggal kepada tiga anak dan tidak menerima sebarang bantuan, menyebabkan NGO tersebut memberi sumbangan kewangan, bekalan makanan, toto, selimut, bantal dan peralatan elektrik seperti kipas angin, mesin pengisar dan periuk nasi bernilai RM700.
"Bagaimanapun, NGO itu menerima rungutan orang ramai mendakwa wanita itu bukan mangsa banjir kerana alamat rumah yang digunakan dalam permohonan itu tidak didiami suspek," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata seorang ahli NGO Itu membuat semakan sendiri dan mendapati wanita itu turut membuat permohonan bantuan kepada NGO serta sukarelawan lain, menyebabkan pengadu membuat laporan polis.
Siasatan awal polis juga mendapati alamat yang digunakan oleh suspek serta rumah yang didakwa ditumpanginya tidak berpenghuni selain semakan dengan ketua kampung di situ mengesahkan wanita itu bukan mangsa banjir.
Sehubungan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA

11 comments:

Anonymous said...

Wanita tu kalau menipu untuk terima bantuan banjir halalkan saja mungkin wanita itu terdesak kewangan..

Bandingkan seorang wanita berjawatan Gabenor Bank Negara mengawal selia wang negara menipu dan mencuri duit berratus ratus juta tiada di ambil lansung tindakan. Yang pasti wanita itu tidak ada masalah kewangan pun bila gaji yang diterima ber puluh ribu sebulan...

Negara dan macam celaka sekaran ini.

KHALAS

Anonymous said...

Yg menngajar menipu memfitnah ni idup lagi.... tahun ni tahun last idup
Lepas nj kasi lingkup suma keturunan skli gus....

Anonymous said...

Ada sorg ex PM tu, dlm fb suma tau. Dalam mahkamah, suma tak tau..

Khalas

Anonymous said...

Kalau jantan pulak jaga Badan Rasuah tapi si jantan muka mancho nnpk suci rasuah alim ... juta juta rasuah saham...

Yang rasuah hengget hengget kena hangkut pulis...

Negara ni dah macam celaka bro..AMIN

Pulis sampai ke sudah tak cari Jho Low. Jho Low guling guling terbahak tgk bodo bangang pemimpin Mesia..

Negara dah macam celako bro.. AMIN

Khalas... kah kah kah

KHALAS...

Anonymous said...

Negara ini masih yg terbaik. Cuma singkirkan yg bermasalah. Tolak xpm yg serba tahu. Tolak presiden liberal. Tolak gagasan komunis. Tolak chef syiah. Bina semula pimpinan baru.

Anonymous said...

Jangan berangan ler bro.

Pimpinan baru akan datang dr parti2 yg ada. Sama ja acuan masing2.

Sepatutnya pilih pemimpin yg ada yg tolak rasuah.


Negara masih yg terbaik tu, banding dgn negara mana??? Zimbabwe?

Siam pun dah mula jajah. Tesco dah kene beli dgn LOTUS geng siam. Terbaik???

Anonymous said...

Tolak rasuah, tolak liberal. Ini semua penyakit. Dlm parti liberal pemimpin pelapis pun liberal. 22 bulan dah iktiraf lgbt, rebut kuasa, iktiraf dadah, iktiraf arak. Kesan buruk berganda utk rakyat. Antara satu masalah dgn banyak masalah, pilih yg kurang masalah. Pakat pakat tolak liberal.

Anonymous said...

Liberal tu label geng Islam extreme sj yg gelarkan(geng tu dah kaya jawatan tinggi).

Sebetulnya nak majukan negara kena gabung pemimpin masyarakat majmuk. Dipimpin oleh pemimpin Islam yg sebenar.

Bukan pemimpin Islam extreme dan lain2 geng Islam makan gaji buta. Rakyat sengsara. Kebanyakan Melayu terus bodoh

Anonymous said...

Bagi liberal, yg mengamalkan Islam dikatakan ekstreme. Fitnah ini sama dgn fitnah yg dibuat oleh pimpinan ekstreme legasi komunis dap. Cukup cukuplah dgn politik tidak bermoral dan perosak aqidah.

Anonymous said...

Menghina geng Islam dan kaya berjawatan tinggi. Contoh bahan utk jadikan fitnah terhadap penganut agama Islam. Tiada salah utk kaya. Ini reverse saikologi spy umat Islam remain miskin. Fitnah terus jadi senjata politik parti liberal.

Anonymous said...

Apalah bengong walaun liberal. Org Islam xboleh kaya. Ustaz x boleh kaya. Ulamak x boleh kaya. Zaman sahabat, ramai yg kaya. Mereka juga ulamak. Mereka juga jadi penyambong sanad. Rosak mental puak liberal akibat jadi khadam dap pencetus komunisisme.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails