Friday, January 07, 2022

PAS sambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya SPRM

 

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang secara terbuka memberikan penjelasan tentang tuduhan beberapa pihak termasuk agensi media dan portal bebas terhadapnya berkaitan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut amat tepat kerana ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini.

Menurutnya, kenyataan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat sekali gus untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menegaskan, PAS yakin pihak berkuasa akan meneliti kenyataan tersebut dan menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang.

Selasa lalu, Azam menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mempunyai kepentingan dalam skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa mencemar imejnya.

Menurutnya, beliau telah menjelaskan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya untuk membuat urus niaga beliau dan tiada kepentingan atau mendapat faedah ke atas saham yang dibeli itu.

Azam juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengawal ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular, sejak akhir-akhir ini.

Katanya, ia satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.

Suslan itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Azam berhubung skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, setelah perbincangan bersama Ahli LPPR, mereka berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan pecuniary (kewangan) atau benefisial ke atas saham berkenaan. – HARAKAHDAILY 7/1/2022

5 comments:

Anonymous said...

Perlu diketahui:

- LPPR tidak mempunyai kuasa utk membersihkan tuduhan kpd Azam

- Pembersihan mesti telus. Azam harus bercuti sementara waktu. Biar badan yg mempunyai kuasa memeriksa secara terperinci mengapa Azam membenarkan akaunnya dipergunakan oleh adiknya. Ini soalan utama yg perlu jawapan.

- PAS tidak memahami cara yg betul utk mengendalikan perkara ini. Mereka mungkin berpuas hati, tetapi rakyat jelata yg membayar cukai dan memberi gaji kpd Azam dan menteri2 PAS harus faham sentimen orang ramai.

- Menteri2 dan ahli politik bukan boss, sebenarnya. Rakyat dan pembayar cukai adalah boss dlm sistem demokrasi.

Anonymous said...

Rules Of Law Kerala...

masuk duit akaun adik , suami, anak beranak tak kena tindakan haahh..!!

Anonymous said...

Kalau dulu fuh sure dah bising, sekarang ni pasal wal fulus fiddunia, macam kucing kena usap kepala... ounta 22.
padang merbok kosong untuk tempahan hujung bulan depan ..

Anonymous said...

National Embarrassment” – Menteri Ekonomi Lantikan Mahathir Tidak Laku, Bossku Pula Yang dipilih Negara China World Economic Chaina Forum.

Amat memalukan apabila sebuah forum ekonomi bertaraf dunia anjuran sebuah negara besar China tidak menjemput Menteri Ekonomi negara Azmin Ali sebagai tunjang forum.

Sebaliknya, Bossku pula yang pengganjur pilih untuk beri ucapan ‘keynote address” nya.

Tiada nasihat atau pun cadangan yang mereka mahu dengar dari Menteri Ekonomi lantikan tiga Perdana Menteri.

Semenjak dilantik oleh Mahathir pada kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 sehingga tumbang dan digantikan Muhyiddn Yassin dan kini Datuk Seri Ismail Sabri , Menteri Hal Ekonomi masih lagi orang sama

Ini lah ‘National Embarrassment” kepada negara, ada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, tapi yang di jemput beri “keynote address” untuk Forum Ekonomi dunia ada lah Bossku pula.

Mungkin , penganjur tidak berapa cam wajah Menteri Hal Ehwal Ekonomi lantikan Mahathir kerana gambar kabur dan blur ...

KHALAS

Kah kah kah..

Anonymous said...

Dah banyak kali juga mb dari kalangan pas. Alhamdullillah setakat ni tiada kes melibatkan rasuah. Juga wakil rakyat pas pun bebas rasuah dan salah guna kuasa. Sesuai sangat kepimpinan negara diterajui oleh pas. Ini hakikat. Rakyat perlu yakin bahawa pas mampu memerintah negara. Nanti politik fitnah juga boleh ditangani.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails