Monday, January 10, 2022

Malaysia tangga ke-13 pemulihan COVID-19

 

Orang ramai menunggu giliran menerima suntikan dos penggalak di Petaling Jaya. - NSTP/Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-13 daripada 122 negara atau wilayah dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, yang mengukur tahap pemulihan sesebuah negara daripada pandemik COVID-19.

Malaysia memperoleh 66.5 mata dalam indeks oleh Nikkei Asia, yang tertinggi bagi negara ASEAN selepas mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.

Nikkei Asia melalui ciapan di Twitter, menyatakan kedudukan yang lebih tinggi bagi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks berkenaan menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah, kadar vaksinasi yang lebih baik dan langkah penjarakan sosial yang kurang ketat.

Bahrain berada di kedudukan teratas dalam indeks itu dengan 82 mata, diikuti Chile (76.5 mata), Taiwan (75.5 mata), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (75 mata) dan China (74.5 mata).

Bagi negara ASEAN, Kemboja berada di kedudukan ke-22 dengan 63 mata, Singapura di tangga ke-23 (62 mata), Thailand ke-30 (60.5 mata) dan Indonesia ke-53 (54 mata).

Selain itu, Filipina di tangga 59 (53 mata), Myanmar di tangga 90 (44.5 mata), Vietnam di tangga 118 (35 mata) dan Laos di tangga 120 (33.5 mata).


Nikkei Asia memaklumkan, sumber data berhubung maklumat setiap negara atau wilayah diperoleh daripada Our World in Data, Google COVID-19 Community Mobility Reports, Oxford COVID-19 Government Response Tracker, Cirium dan penyelidikan Nikkei Asia.

Katanya, Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei terbaharu itu menunjukkan perbezaan antara negara Asia dan Barat dalam pemulihan pandemik.

Amerika Syarikat (AS) kini berdepan tempoh sukar berikutan penularan varian Omicron yang melonjakkan jumlah kes COVID-19 di negara itu.

AS berada di tangga 87 dalam indeks berkenaan, dengan 46.5 mata dan United Kingdom (UK) di tangga 59 (53 mata).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mujurlah Malaysia sudah terlepas dari genggaaman PH, yang tidak prihatin rakyat seperti yang ditunjukkan dalam tadbiran buruk 22 bulan itu. Tolak PH alam PRU 15!


Lihat juga

6 comments:

Anonymous said...

kalau sendiri yang perintah mesti puashati cuba kalau team lain, berkumpoi la kat padang merbuk ye tak..

Anonymous said...

Masa ph perintah, mereka benarkan pelancong cina yg bawa covid masuk ke msia. Atok sangat jaga bangsa dap agar x berkecil hati. Sampai yg bawa virus pun dibenarkan masuk. Kalau dah istiqamah jadi khadam, sampai bila bila pun jadi khadam.

Anonymous said...

Penyokong Pee H berbangga(ng) dengan kejayaan cemerlang KERA jaan Pee H. Di antaranya ialah:

(1) kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu

(2) berjaya membawa masuk ramai pelancong China Komunis bersama dengan virus covid-19 yang menyebabkan bermulanya wabak covid-19 di Msia kerana wang China Komunis lebih penting dari nyawa rakyat.

(3) berjaya menafikan hak ahli bomba yang telah dibunuh di waktu Pee H untuk mendapatkan keadilan.

(4) berjuang menegakkan industri dosa besar seperti arak.

(5) menjual pelbagai aset tabung umat Islam supaya tabung umat Islam tidak mempunyai sebarang pendapatan untuk menyokong aktiviti haji dan umrah.

(6) menghalau kaum Melayu keluar dari tanah mereka dan meruntuhkan rumah dan kampung Melayu dengan alasan pembangunan dll. Mengapa Pee H tidak ambil tanah di kampung baru pendatang ? Sebaliknya puak pendatang pula yang mendapat hak milik tanah.

(7) melantik pemimpin politik yang dibicarakan di mahkamah kerana kes rasuah dll menjadi menteri dengan membebaskan orang yang didakwa.

(8) membebaskan pemimpin politik dari penjara kerana dia adalah barua Pee H.

(9) menyokong pelbagai ajaran sesat kerana dasar pluralisme Pee H.

(10) menyokong aktiviti dosa besar seperti festival arak dan lgbt secara terbuka

(11) mengamalkan kronisme

(12) musuh Islam berani menghina Islam dan umat Islam di waktu Pee H berkuasa.

(13) pemimpin-pemimpin roket pernah menghina ajaran Islam

(14) puak liberal dan puak syiah menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh abang besar roket.

(15) cuba menjadikan pengganas komunis Bintang 3 @ PKM sebagai pejuang kemerdekaan walaupun mereka telah memusnahkan ekonomi negara dan mencederakan atau membunuh ramai anggota tentera dan polis dan orang awam terutamanya kaum Melayu.

Alhamdulillah umat Islam telah sedar tentang kesilapan mereka mengundi musuh Islam dan hasilnya puak roket kalah teruk dan puak munafiqun liberal dan puak syiah sesat bungkus dalam PRK dan PRN.

Anonymous said...

Jika RBA nak kencing orang ramai pun, agak-agaklah sebab fakta menunjukkan rakyat China Komunis membawa masuk virus covid-19 ke Msia dalam 2019. Siapa perintah Msia dalam 2019 ? Bukan PN, bukan BN !

Anonymous said...

Jangan mimpi rakyat nak undi PH, saat banjir pimpinan ghaib

https://suara.tv/10/01/2022/jangan-mimpi-rakyat-nak-undi-ph-saat-banjir-pimpinan-ghaib/

Anonymous said...

Yaa..kami puas hati!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails