Sunday, January 02, 2022

Israel cuak. Bedil Gaza, balas serangan, kononnya roket Hamas..

 

Asap tebal dan gumpalan api kelihatan selepas serangan udara Israel terhadap Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Gambar fail menunjukkan kononnya roket dilancarkan ke arah Israel dari Kota Gaza, dikawal oleh kumpulan Hamas Palestin, pada 18 Mei 2021. - Foto AFP

GAZA: Israel menyasarkan kedudukan Hamas di selatan Gaza lewat malam tadi selepas tembakan roket dilancarkan dari kawasan Palestin, kata sumber keselamatan dan tentera.

Pasukan Pertahanan Israel, dalam mesej ringkas kepada media, berkata mereka 'sedang melakukan serangan' di Gaza iaitu wilayah Palestin yang dikawal oleh gerakan Islam Hamas.

Pesawat perang Israel menyasarkan tapak Briged al-Qassam, barat Khan Yunis di selatan Gaza, kata sumber Palestin kepada AFP, merujuk kepada sayap tentera Hamas.

Sumber itu turut melaporkan tembakan meriam ke atas pangkalan pemerhatian Hamas di utara Gaza.

Ia berlaku selepas dua roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza pagi semalam dan jatuh di Laut Mediterranean, di luar pantai Tel Aviv.

Pihak tentera dalam satu kenyataan berkata, tiada siren dibunyikan dan  sistem pemintasan roket 'Iron Dome' atau Kubah Besi Israel tidak digunakan.

Israel mengekalkan sekatan ke atas kawasan yang miskin itu sejak 2007 iaitu pada tahun Hamas mengambil alih kuasa.

Tahun lalu, Hamas melancarkan serangan roket bertalu-talu ke arah Israel ketika konflik 11 hari tercetus akibat ketegangan di Baitulmaqdis.

Gencatan senjata yang longgar berkuat kuasa pada akhir Mei dan sejak itu hanya lima roket atau peluru mortar dilepaskan dari Gaza ke arah wilayah Israel. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilaporkan juga, tentera Israel cuak, dua roket meletup di pantai Tel Aviv. Pejuang Palestin berjaya melepaskan dua roket ke perairan Mediterranean sehingga menyebabkan berlaku letupan di pantai Tel Aviv.

Lapor Reuters, pihak polis memaklumkan tiada sebarang kematian atau kerosakan akibat serangan tersebut. Tiada mana-mana kumpulan dari Gaza mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbaharu itu.

Juga semalam, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba menikam tentera dan orang awam di perhentian bas di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian penyerang yang bernama Amir Atef Rayyan. Tentera berkata, cubaan menikam itu berlaku berhampiran persimpangan Gitain Avisar di Tebing Barat. Warga Palestin itu, katanya, mendekati pos tentera dengan menaiki kereta dan keluar dari kenderaan itu dengan bersenjatakan pisau. 

Jahannam Israel!

1 comment:

Anonymous said...

Kat sini mana mana yang barua DAP Lee Kwn Yew itu semua acah acah power Melayu Islamik yang diam diam sokong Yahudi tapi luaran kunun nya sokong Perjuangan Palestin tapi suma hampeh...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails