Thursday, January 06, 2022

China hukum pegawai selepas wanita keguguran di luar hospital

 

Seorang lelaki berpakaian pelindung diri berjaga di pintu masuk kawasan kediaman di Xi'an, China. - Foto AFP

BEIJING: Pegawai hospital di bandar Xi'an yang menyebabkan seorang wanita mengandung lapan bulan, keguguran selepas menghalang mangsa memasuki premis berkenaan kerana tidak menjalani ujian saringan COVID-19 dikenakan tindakan.

Pihak berkuasa tempatan bandar itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, insiden yang berlaku di Hospital Xi'an Gaoxin itu menimbulkan kebimbangan serta impak sosial yang buruk.

Menurut kenyataan itu lagi, selain siasatan sedang dijalankan oleh biro kesihatan tempatan, Pengarah Urusan hospital berkenaan dikenakan tindakan gantung kerja manakala kakitangan yang bertanggungjawab di jabatan pesakit luar hospital itu sudah disingkirkan daripada jawatannya.

Malah, hospital terbabit diarah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Insiden terbabit berlaku pada 1 Januari lalu selepas rakaman video serta gambar kejadian yang diambil oleh anak saudara mangsa tersebar di media sosial, memaparkan wanita terbabit duduk di kerusi plastik di luar perkarangan hospital berkenaan sambil dipenuhi darah.

Biarpun video serta gambar kejadian dibuang daripada media sosial, rakaman yang tersebar sebelum ini mendapat hampir 600 juta tontonan dalam tempoh beberapa jam sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Berdasarkan status yang dimuat naik anak saudaranya itu, kakitangan hospital terbabit dilihat enggan membenarkan mangsa yang sarat mengandung masuk ke dalam premis selama dua jam kerana wanita berkenaan tidak menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh 48 jam.

Malah, anak saudara mangsa memaklumkan keputusan ujian saringan COVID-19 wanita itu baharu sahaja tamat tempoh beberapa jam sebelum insiden terbabit berlaku.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan Xi'an sudah membuka laluan hijau bagi menyediakan akses segera kepada beberapa kumpulan seperti wanita mengandung serta pesakit yang mempunyai penyakit kritikal untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Langkah itu diambil selepas seorang lagi wanita memberitahu bahawa ayahnya meninggal dunia pada Isnin lalu apabila beberapa hospital enggan melakukan rawatan disebabkan peraturan berkaitan pandemik.Xi'an bandar yang memiliki seramai 13 juta penduduk kini menjalani perintah berkurung selama dua minggu bagi mengekang penularan COVID-19, sejajar dengan strategi 'sifar COVID-19' Beijing. - AFP

3 comments:

Anonymous said...

Rupa rupanya di Malaysia kalau pindah duit atau saham ke akaun adik, suami atau anak anak tak kena tindakan kot.. patut lah Zety pun lepas...kah kah kah

Tanpa melalui sebarang proses siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki nampaknya terus dibersihkan daripada sebarang salah laku atas dakwaan memiliki sejumlah saham yang besar dalam sebuah syarikat korporat.

Beliau dibersihkan hanya dengan memberi penjelasan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM saja.

Menurut Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa saham-saham itu adalah milik adiknya yang meminjam akaunnya bagi membelinya pada 2015 dahulu.

Saham-saham itu kini, katanya, telah pun dipindahkan kepada nama adiknya, Nasir Baki.

Dalam kes Zety rakyat pun terkejut seorang yang berintegriti tinggi, bekas Gabenor Bank Negara dan kini memegang jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Polis akan melengkapkan siasatan Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB. 30 Dis 2020 hingga Januari 2022 (hari ini) adalah lebih 2 tahun..!!

Saham-saham itu kini, katanya, telah pun dipindahkan kepada nama adiknya, Nasir Baki.

Tambah Abu Zahar, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai sebarang manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

“Ahli-ahli LPPR berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan sendiri dalam saham-saham berkenaan,” kata Abu Zahar lagi.

Wowww….senangnya Azam membersihkan diri dan dibersihkan oleh LPPR!!

No wonder Zety pun boleh lepas.. AMIN

KHALAS

kah kah kah kah..

Anonymous said...

Masa atok jadi pm, ketua hakim negara pun kena pecat. Atok le yg start hal hal yg sepatutnya telus, jadi x telus. Kemudian atok sembang tepi kain org. Yg kain atok koyak rabak, atok x nampak sikit pun. Yg kain org koyak kecik jer, atok sembang macam sampai nampak kemaluan. Skrg atok buat buku, cerita hal org jugak. Dulu atok sekeh org melayu, melayu mudah lupa.

Anonymous said...

Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu, Tony Pua dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan membuka mata ahli-ahli parti DAP berkenaan..AMIN

Liu berkata terdapat segelintir individu dalam parti itu yang tetap 'setia membuta tuli' kepada Mahathir. AMIN

Walaupun Tun memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan kerana keenganannya menyerahkan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.. AMIN

“Saya rasa selepas pertelingkahan antara Tun (Mahathir) dan Tony ini, semua orang DAP yang masih sayangkan Mahathir mungkin mula berfikiran berbeza. Lepas ini Ronnie boleh sujud sukur..AMIN

“Selepas melihat bagaimana Mahathir menghentam Tony secara terbuka, mereka kini mungkin sedar apa yang saya katakan tentang Mahathir selama ini adalah benar..AMIN

"Mereka ini mungkin mula menjauhkan diri daripada Mahathir. Saya rasa tiada lagi swafoto," kata Liu kepada Malaysiakini.

Ronie Liu berkata semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, dia berulang kali bersuara menentang Mahathir kerana mengencing janji-janji nya untuk melakukan perubahan dan mewujudkan permusuhan dalam gabungan parti itu demi kepentingan dirinya sendiri. AMIN

"Saya buat bising ketika itu, tapi semuanya sia-sia. Ini takkan berlaku jika sesetengah mereka menyertai saya untuk bersuara.
"Kini sudah terlambat untuk sedar bahawa Mahathir adalah tidak bagus untuk DAP dan tidak bagus untuk PH. Sudah terlambat," keluhnya...AMIN

Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu, Tony Pua dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan membuka mata ahli-ahli parti DAP berkenaan.

Sapa yang gadai Pulau Batu Putih kalau bukan Tun..AMIN

Pulau Batu Putih Tun sedekah pada Singapura.. AMIN

Pulau Batu Putih Bukan Milik Kita Lagi. AMIN

Bank Negara Sarang Penyamun Mencuri Duit AMIN

SPRM skg tempat buat rasuah..rasuah saham jota jota bro..AMIN

Jho Low lesap lagi ketawa lihat Melayu kena bodoh bangang oleh dia bro.. AMIN

Jho Low ketawa lagi Pulis kata dia jadi beruang kah kah kah dia ketawa bro.. AMIN

Kaum Jho Low pun tumpang tepuk tangan Melayu bercakaran sesama Melayu angkara Jho Low bro.. AMIN

Imej Bank Negara macam Sampah Hanyut Banjir.. AMIN

Cengkerik Bernyanyi Cuasa Panas Di Jirat Cina KL, Bangau Cari Rezeki Tangkal Ikan di Kolam Taik.. AMIN

Melayu Bangga Jadi Barua DAP@ LeeKwanYew hingga hadiahkan Pulau Batu Putih.

Guna akaun adik, suami atau anak beranak duit curi, rasuah saham tak ada apa apa tindakan rupanya...AMIN

Kalau tak kena bodoh oleh kaum Jho Low bukan Melayu namanya..

KHALAS... kah kah kah kah..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails