Saturday, November 20, 2021

Keputusan rasmi PRN Melaka

 

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center Barisan Nasional (BN) di Melaka. - Foto BERNAMA

AYER KEROH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh. - NSTP/Syafeeq Ahmad

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi lima kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula menang dua.

"Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan calon Bebas pula tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi," katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Statistik SPR menunjukkan BN menang di DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

PH pula menang di Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, manakala PN menang di Sungai Udang dan Bemban.

Sementara itu, Abdul Ghani memaklumkan, jumlah individu keluar mengundi antara jam 8 pagi hingga 5.30 petang adalah 326,068 atau 65.85 peratus daripada keseluruhan 495,195 pengundi berdaftar di Melaka.

Katanya, jumlah itu merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang sudah menjalankan tanggungjawab dalam PRN hari ini.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi itu merosot berbanding 84.7 peratus yang dicatatkan di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), selain tidak menepati sasaran asal SPR iaitu 70 peratus.

"Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian dan pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

"Selain itu, urusan perjalanan pilihan raya PRN Melaka Ke-15 telah dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan yang telah ditetapkan," katanya.


KEPUTUSAN RASMI

 KERUSIPARTIYANG MENANG
 N1 Kuala LinggiBN-UMNOROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung BidaraBN-UMNODATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer LimauBN-UMNODATUK HAMEED BASHEER
 N4 LenduBN-UMNODATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh NaningBN-UMNOZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 RembiaBN-UMNODATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 GadekBN-MICP SHANMUGAM
 N8 Machap JayaBN-MCANGWE HEE SEM
 N9 Durian TunggalBN-UMNOZAHARI ABD KALIL
 N10 AsahanBN-UMNOFAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai UdangPN-BERSATUDR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai KundorBN-UMNOTUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya RumputBN-UMNODATUK RAIS YASIN
 N14 KelebangBN-MCADATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan BatuBN-UMNODATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer KerohPH-DAPKERK CHEE YEE
 N17 Bukit KatilPH-AMANAHADLY ZAHARI
 N18 Ayer MolekBN-UMNODATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 KesidangPH-DAPSEAH SHOO CHIN
 N20 Kota LaksamanaPH-DAPLOW CHEE LEONG
 N21 DuyongBN-UMNOMOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar HilirPH-DAPLENG CHAU YEN
 N23 Telok MasBN-UMNODATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 BembanPN-BERSATUDR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 RimBN-UMNODATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 SerkamBN-UMNODATUK ZAIDI ATTAN
 N27 MerlimauBN-UMNODR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai RambaiBN-UMNOSITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

1 comment:

Anonymous said...

HIDUP BOSSKU


HAPUSKAN FITNAH JIJIK...


FROM DAY ONE AKU DAH PESAN
MASA PAKATAN HARAPAN BERKUASA
DENGAN FAKTA FITNAH KITA LAWAN
BARUA DAP@LEEKWANYEW LINGKUP DI MELAKA


#HAAHTEPOKKK

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails