Sunday, November 21, 2021

UK mahu haramkan HAMAS, kerana mereka 'barua'' pengganas.

 

Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel. - Foto AFP

UK mahu haramkan HAMAS, dilabel 'organisasi pengganas'

LONDON: Penyokong Hamas berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika kerajaan Britain berjaya mengharamkan kumpulan itu yang dianggap organisasi pengganas, kata Pejabat Dalam Negeri.

Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel, akan mendesak pertukaran pembentangan di Parlimen minggu depan, menggunakan alasan bahawa sukar membezakan antara sayap politik dan ketenteraan Hamas.

Sayap tentera Briged al-Qassam, gerakan Islam yang memerintah Semenanjung Gaza telah diharamkan di Britain sejak Mac 2001.

Namun, larangan secara terang-terangan di bawah Akta Keganasan 2000 itu menjadikan negara itu bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mengharamkan organisasi itu.

Patel, yang kini dalam perjalanan ke Washington, berkata, langkah itu 'berdasarkan pelbagai risikan, maklumat dan juga kaitan dengan keganasan'.

"Tidak perlu dijelaskan lagi, sememang ia sudah jelas, katanya dan menggelar Hamas 'secara asasnya anti-Semitik'.

Patel menambah, larangan diperlukan untuk melindungi masyarakat Yahudi.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, memuji perkhabaran itu, menggelar Hamas 'sebuah kumpulan Islam radikal yang menyasarkan warga Israel yang tidak bersalah dan mahu memusnahkan Israel'.

"Saya mengalu-alukan hasrat United Kingdom (UK) untuk mengisytiharkan Hamas sebagai organisasi pengganas secara keseluruhan - kerana itulah sebenarnya," tulisnya di Twitter.

Menteri Luar, Yair Lapid menambah dalam satu kenyataan: "Tiada bahagian yang sah dalam organisasi pengganas, dan sebarang percubaan untuk membezakan... adalah tiruan."

Lapid berkata, langkah itu adalah hasil daripada 'usaha bersama' antara kerajaan British dan Israel.

Jika diluluskan, aktiviti mengibarkan bendera Hamas, mengatur pertemuan dengan ahlinya atau memakai pakaian menyokong kumpulan itu akan diharamkan.

Dari segi politik, ia boleh memaksa pembangkang utama Britain untuk mengambil pendirian terhadap Hamas, memandangkan sokongan kuat pro-Palestin di sebelah sayap kiri sangat kuat dari parti Buruh.

Awal bulan ini, seorang lelaki hadir ke mahkamah dengan memakai baju-T menyokong sayap tentera Hamas dan Jihad Islam Palestin, yang diharamkan di Britain pada 2005.

Pada satu acara bulan Jun, Feras Al Jayoosi, 34, memakai pakaian itu di kawasan Golders Green di utara London, yang mempunyai populasi Yahudi yang besar. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: HAMAS bukan penggnas.

"Menurut anggaran saya, di suku pertama abad ke 21, tepatnya tahun 2027 Israel akan menghilang (dari muka bumi ini), Insha Allah," kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dalam satu wawancara dengan wartawan Al-Jazeera, Ahmed Mansur beberapa tahun lalu.

HAMAS dan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin 

Mengembalikan kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW... Maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung-pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS). Atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin.

Perjuangan HAMAS telah dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

1) Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2) HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3) Palestin adalah tanah Islam sejak turun-temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4) Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

5) HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6) Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.

Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

7) HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam. Jadi HAMAS bukan pengganas, kerana penentang-penentangnya itulah yang mengganas.

Sila lihat..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails