Friday, September 24, 2021

Kesaksamaan gender, DAP mahu pinda Perlembagaan. Pendapat anda?

 

Kenyataan Media DAP Wanita Selangor pada 23 September 2021

DAP Wanita Selangor merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainuddin di dalam Parlimen pada 22hb September 2021 yang menyatakan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan bayi kelahiran ibu warganegara Malaysia mendapat kewarganegaraan.

DAP Wanita Selangor melihat bahawa penyelesaian kepada isu ini memerlukan lebih daripada suatu deklarasi mahkamah. Pada sebaliknya, suatu pindaan kepada Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan amat diperlukan sebagai penyelesaian jangka masa panjang.

DAP Wanita Selangor menggesa Kerajaan Malaysia untuk meminda perkataan ‘bapa’ dalam Bahagian II, Jadual Kedua, perenggan (1)(b) kepada ‘ibu bapa’. Pindaan tersebut adalah selaras dengan semangat kesamarataan yang terkandung dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

Kami juga ingin menekankan bahawa terdapat diskriminasi ketara dalam pelaksanaan undang-undang kini yang mana juga diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi, yang tidak selaras dengan visi ‘Keluarga Malaysia’ yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Dengan itu, kami menggesa agar pindaan undang-undang tersebut dilaksanakan dengan kadar segera. Jika ianya dilaksanakan, DAP Wanita Selangor menyatakan komitmen untuk menyokong pindaan tersebut.

Dalam perkembangan dunia yang kini menekankan kesaksamaan gender, tiada lagi sebab munasabah untuk mempertahankan seksyen dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak mencerminkan prinsip tersebut. Kami berharap agar Kerajaan Malaysia akan membuat keputusan yang menunjukkan komitmen terhadap perkara ini. (Roktkini.Com)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada  Kenyataan Media DAP Wanita Selangor pada 23 September 2021 mengenai isu kewarganegaraan bayi lahir luar negara seperti di atas, nampaknya DAP menekankan dan mengorek-ngorek kembali isu kesaksamaan gender.

Kenyataan itu memberi alasan singkat, 'Dalam perkembangan dunia yang kini menekankan kesaksamaan gender', maka DAP membuat rumusan, 'tiada lagi sebab munasabah' untuk mempertahankan seksyen dalam Perlembagaan Persekutuan, yang telah wujud sejak merdeka.

Apa pendapat pengomen-pengomen atau pembaca-pembaca dari blog ini? Sesuaikan dengan realiti masyarakat Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam di dunia?

2 comments:

Anonymous said...

Tak boleh biarkan puak2 dap untuk adun apa org Islam patut buat. Bab sama rata ada sebahagian non muslim di barat pun akui r/tangga lebih aman jika men ada kelebihan berbanding women. W/pun bukan Islam tapi dpt merasakan sistematiknya Islam dlm bab r/tangga.

Marina suka sangat bab sama rata ni. Siti kassim yg kontraversi pun suka dgn dap. Pkr dan pan ikut jer apa yg dap kata.

Anonymous said...

Di Jepun majoriti yang masuk Islam di Jepun , majoriti bukan kerana melihat orang Islam, akan tetepi kebanyakkan orang yang masuk Islam di Jepun ialah apabila mengkhatam bacaan tafsir 30 juzuk Al-Quran. Baca sahaja. Akhirnya terbuka hati dia untuk masuk Islam. Betapa mukjizat Al-Quran ini.

Sebab itu kalau ada rakan-rakan yang bukan Islam, ada jiran yang bukan Islam. Jangan segan, jangan malas untuk buka Al-Quran. Bagi dia dengar kerana ini bukan makhluk ini adalah kalam Allah. Mereka yang menghafal Al-Quran, mereka yang sering membaca Al-Quran, mereka yang seluruh kehidupannya dengan Al- Quran. Mereka yang mencintai dan merindui Al-Quran secara harian InsyaAllah akan dibangkitkan oleh Allah SWT. Kata Rasulullah di Padang Mahsyar dengan gelaran 'Iyalullah, ahli keluarga Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails