Tuesday, August 24, 2021

Wanita menyundal di denda RM4,000, tetapi pelawak ini tidak..

 

Wanita didenda RM4,000 di Mahkamah Majistret Kuala Pilah selepas mengaku bersalah atas tuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini pada 1 Ogos lalu

1. Wanita didenda RM4,000 kerana menyundal di Kuala Pilah

KUALA PILAH: Seorang wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di daerah ini pada 1 Ogos lalu.

Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sarawak itu, mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel yang terletak Pusat Komersial Melang dekat sini, jam 11.50 pagi pada 1 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur'Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Susulan pengakuan bersalah oleh tertuduh, Saiful mengenakan denda RM4,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayarnya.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, seorang lelaki yang juga bapa ayam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi orang tengah bagi aktiviti pelacuran.

Tertuduh, Lim Kevis, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi aktiviti persundalan ke atas Junaidah Michael Reni Martin, pada tarikh, masa dan tempat sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Anak Manan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi serta melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan.

Sebelum ini, kes tangkapan wanita ini menarik perhatian ramai susulan seorang pelawak tempatan turut ditahan polis bagi membantu siasatan. (BH)

2. Pemerdagangan manusia: Pelawak tidak didakwa 

KUALA PILAH: Dua individu dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia yang  dibongkar polis 1 Ogos lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, dua individu terbabit masing-masing seorang lelaki dan wanita.

Bagaimanapun, jelas beliau, seorang pelawak yang dikatakan terlibat dalam kes berkenaan sebelum ini tidak dihadapkan ke mahkamah.

Kata beliau, penahanan pelawak tersebut sebelum ini hanya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Pelawak berkenaan hanya membantu siasatan dan menjadi saksi kes sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Online pada 3 Ogos lalu melaporkan, seorang pelawak berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Op Pintas.

Dalam operasi berkenaan, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di daerah yang sama dan kini wanita berkenaan mendapat perintah perlindungan sementara serta ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pelawak berkenaan turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). – UTUSAN ONLINE

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

2 comments:

Anonymous said...

KES 1MDB NAJIB: HAZEM PERLU DISIASAT? CEO 1MDB BANGANG.

oleh Mohd Puad Zarkashi

Pelik juga seorang CEO tidak tahu peraturan Bank Negara. Tetapi itu gelagat Mohd Hazem Abd Rahman bekas CEO IMDB. Dia saksi pendakwa kes IMDB terhadap Dato Najib.

Hazem jawab “tidak tahu tetapi mungkin, ya” bila ditanya adakah satu kesalahan jika buat pemindahan wang yang banyak tanpa kebenaran Bank Negara.

Hazem juga menjawab ya, bija ditanya oleh TS Shafie bahawa pinjaman dari Deutsche Bank untuk tujuan tertentu tetapi jika tujuan itu tidak dipenuhi, ia adalah pecah amanah (CBT).

Apakah itu jawapan kelam kabut kerana soalan luar jangka dan tidak ada dalam skrip yang disediakan?

Itu soalan TS Shafee mengenai pinjaman US$975 juta oleh 1MDB dari Deutsche Bank untuk tujuan beli semula saham syarikat itu dari rakan pelaburannya.

Bukankah Hazem mesti disiasat. Pengakuannya, ia adalah CBT amat membingungkan. Tidak patut ditutup begitu sahaja.

Sebahagian dari pinjaman itu didakwa tidak digunakan untuk tujuan sebenar. Tetapi telah dipindahkan dalam dua bahagian (US$223 juta dan US$475 juta).

Iaitu dari 1MDB Energy Holdings Ltd kepada Aabar Investment PJS Ltd (Seychelles) pada September 2014 dan kepada pelbagai entiti.

Semoga banyak lagi akan terdedah. Sebab itu DS Najib tuntut perbicaraan yang adil. Dari awal lagi kes ini dianggap “pendakwaan politik”.

CEO 1MDB jadi bangang mungkin skrip tidak dibekalkan lagi oleh sang fitnah jijik. Pandai pandai lah nak jawab pandai lah nak lepaskan diri.

Anonymous said...

Di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas mendapati jutaan wang 1MDB dipindahkan ke beberapa syarikat tanpa pengetahuan Bank Negara Malaysia (BNM).

Mohd Hazem memberitahu yang beliau tidak pasti berhubung kebenaran daripada BNM untuk memindahkan wang terbabit.

“Ketika memindahkan wang-wang itu, kamu mempunyai kuasa dalam 1MDB, adakah kamu mendapat kebenaran daripada BNM?” soal Muhammad Shafee.

“Saya tidak pasti,..

Gabenor mungkin tertidor semasa pemindahan duit billion billion hengget dikeluarkan pada beberaa akaun syrikat.
Duit duit itu pun masuk ke akaun sang suami dan keluarga..

Wallahhualam bisawab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails