Monday, August 23, 2021

Pusat hiburan, pelanggan ingkar SOP, &Arak..

 

Tujuh pelanggan dan tiga pekerja warga asing diperiksa dalam serbuan polis ke atas sebuah pusat hiburan di Sungai Way, Petaling Jaya, semalam. - Foto PDRM

Pusat hiburan, pelanggan ingkar SOP dikompaun RM60,000

PETALING JAYA: Seorang pengurus pusat hiburan dan tujuh pelanggan dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 dalam serbuan polis ke atas sebuah pusat hiburan di Sungai Way di sini, petang semalam.

Ketika diserbu kira-kira jam 3 petang, tujuh pelanggan termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun itu didapati sedang leka berhibur selain terdapat tiga lelaki warga asing bekerja di situ.

Dalam serbuan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu, sembilan botol arak turut dirampas kerana premis terbabit didapati tiada lesen menjual minuman keras.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata premis hiburan itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi dalam tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Justeru, pengurus premis yang juga seorang wanita tempatan berusia 40 tahun dikompaun RM25,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (No.3) 2021.

"Tujuh pelanggan yang diperiksa turut dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17(1) PPPB (No.3) 2021 dengan mengunjungi pusat hiburan. Jumlah keseluruhan kompaun RM60,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, selain dikompaun, pengurus pusat hiburan itu turut ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

"Kita turut menahan tiga pekerja warga asing yang bekerja di premis hiburan itu mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63.

"Selain itu, dua pelanggan, masing-masing berusia 22 dan 25 tahun ditangkap kerana ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin," katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sudah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini. (BH)

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails