Wednesday, August 25, 2021

Penggondolan bukit, DAP tak tahu tadbir negeri.

 

Penggondolan bukit punca banjir Pulau Pinang

BALIK PULAU: Banjir di Pulau Pinang kali ini dilihat agak teruk serta dipercayai berpunca daripada aktiviti pengondolan bukit yang tidak terkawal, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Menurutnya, paras air banjir kali ini ebih tinggi sampai ke paras pinggang. Bahkan, terdapat rumah yang mengalami kerosakan barang secara keseluruhan.

“Mewakili PAS Kawasan Balik Pulau, saya mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan berdoa agar semua tabah dalam menghadapi dugaan ini, dan dengan sumbangan ini diharap dapat membantu mereka.

“Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan harian mangsa banjir yang terjejas ditambah lagi dengan keadaan pandemik Covid-19 sekarang ini,” ujarnya ketika ditemui HarakahDaily selepas selesai mengagihkan sumbangan di Kampug Pulau Betong, semalam.

Pada Isnin, Khidmat Malaysia Balik Pulau bersama Muslim Care Malaysia menyerahkan sumbangan pasca banjir berupada tilam, bantal dan bakul makanan kepada beberapa buah rumah yang terjejas akibat banjir kilat, di sini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi sendiri bersama Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Johari Ismail dan Exco Muslim Care Malaysia, Safwan Ujar dan diiringi Ketua Operasi Khidmat Malaysia Balik Pulau, Razis Rahman. – HARAKAHDAILY 24/8/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP tak pandai tadbir negeri. Tiada perancangan jauh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails