Saturday, August 28, 2021

PAS hargai kepercayaan Perdana Menteri

 

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan terima kasih dan menghargai kepercayaan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kepada parti itu dengan melantik tiga orang Ahli Parlimen PAS sebagai Menteri Persekutuan dan lima orang sebagai Timbalan Menteri dalam pembentukan kabinet baru hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu memberi jaminan akan memastikan wakil-wakilnya sama ada di dalam kerajaan mahupun penyokong kerajaan memberikan komitmen terbaik membantu segala dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri ke arah mencapai matlamat memulihkan negara terutamanya dalam aspek kesihatan, ekonomi, sosial dan perpaduan rakyat.

“PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri yang berkonsepkan ‘Keluarga Malaysia’ merentasi agama, bangsa, suku kaum dan fahaman politik akan mampu menggarap seluruh tenaga di dalam dan di luar kerajaan untuk masing-masing berperanan ke arah mencapai tahap negara aman, sejahtera dan adil untuk semua,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada pengumuman senarai Kabinet oleh Ismail Sabri hari ini, pemimpin PAS yang dilantik menteri ialah Timbalan Presiden, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar), Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad [Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)] dan Takiyuddin (Menteri Tenaga dan Sumber Asli).

Lima lagi Ahli Parlimen PAS yang dilantik timbalan menteri ialah Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ahmad Marzuk Shaary [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)], Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia). – HARAKAHDAILY 27/8/2021

Peluang jadi usahawan.
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails