Thursday, August 26, 2021

Istimewanya Islam, RM831,371 Zakat bantu keprihatinan rakyat.

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman (kanan) meninjau premis yang membekalkan peralatan perubatan di Indera Mahkota.- Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

MUIP belanja RM831,371 Zakat Program Kesihatan

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membelanjakan lebih RM831,371 menerusi Zakat Program Kesihatan untuk membantu golongan asnaf dan fakir miskin yang mengalami masalah kesihatan kronik dalam tempuh lapan bulan tahun ini.

Bantuan membabitkan kira-kira 80 katil pesakit, kerusi roda dan pelbagai peralatan perubatan lain yang diperlukan golongan terbabit.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata kebanyakan bantuan diberikan selepas pihaknya mendapat cadangan daripada Jabatan Khidmat Sosial Hospital (JKSH) selain permohonan pelbagai pihak.

Katanya, bantuan peralatan perubatan diberikan bukan sahaja untuk keselesaan kepada pesakit tetapi turut memberi kemudahan kepada ahli keluarga yang menjaga pesakit terbabit di rumah.

"Biasanya dalam masa sehari hingga dua hari selepas menerima permohonan bantuan peralatan kesihatan, pegawai MUIP cawangan akan datang menghantarnya kepada pesakit di rumah mereka. Dalam kes tertentu penghantaran dalam masa tidak sampai 24 jam.

"Kita sentiasa memberi perhatian terhadap kemudahan perubatan diperlukan golongan asnaf dan fakir miskin yang mengalami masalah kesihatan kronik," katanya selepas meninjau premis yang membekalkan peralatan perubatan, di sini semalam.

Beliau berkata, harga peralatan perubatan yang dibekalkan berbeza mengikut lokasi atau daerah, justeru pihaknya akan memikirkan cara terbaik bagi memastikan barangan di semua tempat pada harga sama.

Asmadi berkata, minggu lalu MUIP turut memberi sumbangan sebanyak 10 set katil pesakit kepada Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands bagi menampung kekurangan kemudahan itu berikutan wabak COVID-19.

"Bagi meringankan beban Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang menguruskan empat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah ini, minggu lalu kita memberi bantuan pelbagai barangan makanan dan peralatan bernilai RM55,000.

"Pada Jun lalu, MUIP memberi bantuan bernilai RM75,000 kepada HTAA untuk diagihkan kepada tiga PKRC di daerah ini," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membelanjakan lebih RM831,371 menerusi Zakat Program Kesihatan untuk membantu golongan asnaf dan fakir miskin yang mengalami masalah kesihatan kronik dalam tempuh lapan bulan tahun ini.

Al-hmdulillah, bertuahlah kita menjadi orang Islam, kerana dalam sistem ekonomi Islam banyak mengagihkan, membantu dan memprihatinkan  golongan rakyat tertindas.

Peluang jadi usahawan, sila lihat siri-siri ini..
Siri 4:  bersambung...
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails