Saturday, July 24, 2021

K'jaan sedia ambil langkah reformasi perundangan -Menteri JPM

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan sentiasa terbuka dan bersedia mengambil langkah-langkah bagi memelihara integriti serta kepercayaan awam (public confidence) terhadap badan perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan seumpamanya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, buat masa ini bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang (rule of law) serta dalam masa sama mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest), kerajaan telah memulakan perancangan ke arah memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Perkara ini akan ditambah baik melalui kajian perbandingan dengan negara-negara lain namun dengan kesesuaian sistem perundangan di negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga tiada halangan mempertimbangkan langkah mewujudkan Suruhanjaya Siasatan D’Raja (RCI) sekiranya ada keperluan berdasarkan fakta, undang-undang dan juga langkah-langkah pihak-pihak tertentu yang boleh menimbulkan persoalan integriti dan keyakinan terhadap badan perundangan yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan dalam aspek perundangan serta penjaga kepada keadilan jenayah (gate keepers of criminal justice). – HARAKAHDAILY 23/7/2021

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails